Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM285 / 9.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
23 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dalam kekejaman serangan Zionis, sinar harapan bermula di dapur Gaza. Asar Humanity kembali dengan seruan ummat untuk menyinari kehidupan saudara kita yang menderita. Dalam operasi dapur memasak Gaza yang hangat menyambut senyuman mereka.
Ramadan lalu, kami telah melihat betapa banyak bantuan anda telah mengubah cerita. Dapur yang tersebar di seluruh Gaza Utara, Gaza Tengah dan sempadan Gaza Selatan kembali hidup dengan penuh semangat dan kemesraan. Namun, realiti kehidupan di sini masih penuh dengan cabaran. Seramai 2.3 juta orang merintih dalam keperluan yang semakin mendesak. Mereka bukan sahaja kehilangan tempat tinggal, tetapi juga keselamatan, makanan, dan akses kepada ubat.
Kini, dengan keazaman yang lebih kuat, kami kembali kepada anda sekali lagi. Dengan setiap sumbangan, kami bukan sahaja mengisi perut kosong, malah memberi harapan kepada saudara kita. Walaupun halangan Zionis mengehadkan akses, kekuatan perpaduan kita tidak dapat dinafikan.
Sumbangan bermula dari RM10 akan membawa perubahan yang besar. Dengan setiap ringgit yang anda sumbangkan, kami membina jambatan persaudaraan. Bersama-sama, kita adalah suara yang tidak boleh diam, bersuara untuk keadilan bagi mereka yang ditindas.
Mari jadikan setiap suapan makanan sebagai tanda kasih sayang dan setiap langkah kita berjuang menuju kejayaan. Semoga Allah memberikan perlindungan dan keberkahan yang melimpah kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 27, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 27, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 27, 2024
BEH JIN YEE
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 27, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 27, 2024