ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Apr 29, 2024

INFAQ AKHIR SYAWAL UNTUK HADIAH PERALATAN SOLAT ANAK YATIM PELAJAR TAHFIZ DHUAFA

RM620 / 20.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

31 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bulan Syawal akan berakhir, kebahagiaan untuk anak kesayangan Nabi tidak boleh terhenti. Jom bantu memberikan bungkusan alat solat, baju dan makanan berzat berkhasiat bagi anak yatim tahfiz dhuafa!


Memandangkan bulan Syawal semakin hampir ke penghujungnya, pintu kebaikan tetap terbuka luas untuk kita semua. Di sinilah kita berpeluang meluaskan lagi taburan kebahagiaan dengan menyentuh hati anak-anak yatim pelajar tahfiz. Bersama Asar Humanity, marilah kita tautkan ikatan kasih sayang dan kepedulian terhadap mereka yang disayangi Rasulullah SAW.



Marilah kita berganding bahu dalam misi memperkasakan kehidupan anak-anak yatim pelajar tahfiz. Setiap sumbangan yang kami tinggalkan bukan sekadar material, tetapi titik tolak kepada perjalanan yang penuh bermakna dan harapan untuk mereka. Melalui bantuan anda, kami akan menyediakan setiap kelengkapan solat yang mereka perlukan termasuk telekung, sarung, sejadah, dan pakaian baru.




Tiada sumbangan yang terlalu kecil dalam menceriakan kehidupan mereka. Bermula dari RM10, harapan yang mereka perlukan untuk meneruskan perjuangan meraih ilmu agama. Bersama-sama, kita akan membuktikan bahawa mereka tidak pernah keseorangan dalam perjalanan hidup mereka.



Sebelumnya hantaran bungkusan bahagia sudah kami hantarkan ke rumah-rumah tahfiz, panti yatim piatu dan maahad dhuafa. Namun, masih banyak dari anak-anak yatim ini yang memerlukan kasih sayang kita.



Sebagai umat yang mencontohi ajaran Nabi Muhammad SAW, marilah kita menjunjung nilai-nilai belas kasihan dan keprihatinan kepada anak-anak ini yang memerlukan. Semoga setiap langkah baik yang kita lakukan diberkati Allah SWT, dan dikurniakan pahala yang melimpah ruah kepada kita, keluarga, dan semua yang terlibat dalam misi yang baik ini.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 10, 2024

AITCH.AYU

Menyumbang sebanyak RM30.00

May 09, 2024

SARAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 06, 2024

Kempen Sumbangan Tamat