Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM310 / 10.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
17 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dalam kehidupan seharian, kita sering berhadapan dengan realiti yang menyayat hati iaitu berpuluh-puluh anak dhuafa terpaksa bertungkus-lumus untuk mendapatkan pendidikan berkualiti dan memenuhi keperluan asas mereka terutama dari segi makanan. Walaupun keadaan ekonomi yang sukar, setiap kanak-kanak berhak untuk merasai kemesraan dan mempunyai peluang yang sama seperti kanak-kanak lain.

Maahad dhuafa, sebagai sebuah institusi yang teguh pegangannya, menyedari pendidikan sebagai kunci untuk membuka pintu masa depan yang lebih cerah. Namun, tanpa sokongan kewangan yang mencukupi, ramai anak yatim bergelut untuk mencapai potensi penuh mereka. Asar Humanity menjemput anda menjadi bahagian dari keprihatinan dengan berkongsi makanan ruji seperti nasi bersama pelajar maahad, hanya untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan meraih rahmatNya.

Selepas cuti Hari Raya Aidilfitri berakhir, Maahad Nurul Huda di terpencil Sukajaya, Bogor, kembali aktif. Kami melihat pelajar selepas belajar segera berkumpul untuk makan bersama. Namun, stok beras semakin berkurangan.

Mari menyertai kempen ini, dengan sumbangan bermula daripada RM10 yang akan memberi impak besar dalam memberi makna kepada kehidupan anak-anak miskin ini. Maahad Nurul Huda hanyalah satu dari ramai maahad yang membutuhkan bantuan kita.


Fokus utama kempen kami adalah untuk menyediakan bantuan makanan berkualiti kepada kanak-kanak di maahad dhuafa. Derma anda bukan sahaja akan memenuhi keperluan asas mereka, tetapi juga akan membantu merealisasikan impian mereka untuk memiliki masa depan yang lebih baik. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya kepada anda sekeluarga, serta membalas setiap kebaikan yang berlipat kali ganda. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Alhamdulillah ala kulli haal. Tim Ksatria Asar Humanity kembali menyalurkan amanah dari Tuan dan Puan Pahlawan Kebaikan kepada Maahad Arriyadul Hijaiyah, Serang, Banten.
Di sinilah 70 pelajar maahad yang berasal dari keluarga kurang mampu, mendapatkan kesempatan belajar ilmu agama. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan! Bantuan pakej makanan asas berkhasiat ini dapat menjadi bekalan selama beberapa hari ke depan. Pengurus maahad sangat berterima kasih, tak henti memanjatkan berdoa kepada Allah semoga para penyumbang diberikan kesehatan dan rizki yang berlimpah. Bantuan anda sangat membantu meringankan kos kebutuhan makanan di maahad ini.
Petang hari itu kebetulan pelajar maahad sedang menjalankan puasa sunnah, beberapa jam lagi menuju berbuka puasa mereka bersiap memasak di dapur sederhana. Hari itu mereka sangat senang karena akan makan bersama dengan makanan pemberian orang-orang dermawan. MashaAllah!
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity



Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Apr 26, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Apr 26, 2024