Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM220 / 4.40 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
16 Penyumbang
Kempen Berakhir!
وَأَنفِقُوا مِن مَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ الصَّالِحِينَ
"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh." (Al-Munafiqun, ayat 10-11)
Allah SWT sangat suka kepada hambanya yang membantu mereka yang memerlukan khususnya kepada mereka yang belajar Al-Quran dan mengajarnya. Pelajar di Maahad tahfiz Darul Mustafa terdiri dari kalangan anak-anak yatim piatu dan tergolong dari keluarga asnaf. Ayuh kita bantu saudara seagama kita yang memerlukan bantuan.
Kempen ini adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing secara berterusan setiap bulan. Kami akan salurkan segala pemberian anda untuk perbelanjaan peralatan pembelajaran, makan minum pelajar dan kos menguruskan sesi pembelajaran.
Sumbangan ini adalah untuk memudahkan pengajian anak-anak Maahad Darul Mustafa. Kami amat berbesar hati sekiranya anda semua dapat membantu mengumpulkan sumbangan ini dan membantu anak-anak tahfiz. Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Ta'ala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya.” (Hadis Riwayat Tabrani)
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ : إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Jun 05, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 03, 2023
NORIKHWAN BIN HJ ABD RAZAK
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 03, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 02, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 02, 2023