ACT FOUNDATION

Dimulakan pada Feb 04, 2022

INFAQ TABUNG BANTUAN PERUBATAN KECEMASAN

RM1,620 / 20.25 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000

85 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Infaq ikhlas anda boleh menjadi penyelamat bagi mereka yang benar-benar memerlukan.


Sakit sahaja sudah menjadi ujian yang berat. Kita pasti melakukan pelbagai cara dalam usaha mengembalikan nikmat sihat Allah SWT. Alhamdulillah kalau ada rezeki, jadi mudah sangat kita nak beli ubat, rujuk doktor, dan mampu bayar kos hospital.


Tetapi tidak untuk saudara kita yang hidup dalam kemiskinan. Kebanyakan mereka terpaksa menanggung kesakitan yang perit, dan mengetepikan wang yang mereka ada untuk keperluan harian mereka, memandangkan mereka mempunyai keluarga untuk ditanggung. Semua ini membuatkan ramai saudara kita gagal mendapatkan rawatan perubatan yang sewajarnya, walaupun keadaan mereka amat membimbangkan, innalillahi..




Ditambah pula dengan keadaan wabak yang mula menjadi lebih teruk lagi. Semakin ramai saudara dan saudari memerlukan bantuan anda. Ketahuilah, rezeki yang telah kau ikhlaskan, boleh menjadi penyelamat hidup mereka. Sembuhkan mereka dengan kebaikan anda!


"...Dan sesiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seakan-akan dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya." (Surah al-Maidah: 32).


Insya Allah, infaq anda akan disalurkan dalam bentuk bantuan perubatan untuk Asnaf dan anak-anak yang memerlukan rawatan perubatan di kawasan Jabodetabek (Indonesia), khususnya bagi mereka yang dalam keadaan kritikal/cemas.


Alhamdulillah, ACT Foundation mempunyai doktor dan kakitangan perubatan yang berwibawa, sehingga kami telah berjaya menemani dan menyembuhkan lebih 53,000 pesakit dalam masa 6 bulan. Adakah anda akan menyelamatkan dan menyembuhkan lebih banyak lagi?





Terima kasih atas keprihatinan dan kerendahan hati anda. Insyaallah infaq anda juga akan menjadi pelindung anda sekeluarga, juga penyembuh dari segala penyakit yang anda alami.

Jazakumullah khayran. Allah SWT. jualah yang akan menggantikan segala kebaikan yang telah anda berikan. Doa ikhlas dari kami semoga perlindungan, kebahagiaan, kemudahan, dan kelancaran rezeki sentiasa bersama anda dan keluarga, amin ya Rabb.


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MUHAMMAD ARIFF BIN OTHMAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 20, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Feb 16, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 15, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 09, 2022

Kempen Sumbangan Tamat