INFAQ KEPERLUAN BULANAN TAHFIZ AL HABBAH

RM110 / 0.22 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

8 Penyumbang

332 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTU Malaysia mengambil tanggungjawab bersama masyarakat yang prihatin untuk bersama membantu keperluan bulanan sekolah tahfiz Al Habbah Sg Tua Batu Caves Selangor. Jom bantu!


Rumah kebajikan dan Tahfiz Al Habbah di Batu Caves diwujudkan untuk membantu anak-anak yang kurang bernasib baik. Bermula sebagai sebuah Rumah Kebajikan sekolah ini berkembang dengan tujuan untuk memberi pendidikan kepada golongan asnaf, dan anak-anak dari keluarga miskin. 



Apa yang mendorong pihak pengurusan untuk membuka sekolah ini adalah keinginan untuk membantu mereka yang memerlukan, khususnya anak-anak yang tidak mampu membayar yuran sekolah atau pendidikan dan mereka yang berminat untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama.


Pengurusan sekolah memahami beban yang ditanggung oleh keluarga yang kurang berkemampuan, terutamanya ibubapa yang berpendapatan rendah untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah berbayar yang lain. Kebanyakan pelajar yang datang ke sini berasal dari seluruh Semenanjung Malaysia, dengan latar belakang keluarga yang pelbagai. 

Sekolah ini mempunyai dua sistem pendidikan utama iaitu satu untuk tahfiz dan satu lagi sistem pondok. Kedua-duanya mengutamakan pelajaran dan pendidikan Islam yang berkualiti dengan 79 pelajar lelaki yang menghuni sekolah ini.


Setiap bulan, sekolah ini memerlukan sekurang-kurangnya RM45,000 untuk menampung semua kos operasi, termasuk membayar gaji guru dan pekerja, menyediakan makanan, serta perbelanjaan untuk pelbagai aktiviti pendidikan. Dana yang diterima dari orang ramai kadang kala tidak mencukupi untuk menampung semua kos tersebut. Keadaan ini menyebabkan pengurusan sekolah sering berhadapan dengan kesukaran untuk memastikan sekolah terus beroperasi seperti biasa.


Walaupun berdepan pelbagai kekangan, pihak pengurusan sekolah tetap menjalankan pelbagai aktiviti pendidikan dan latihan untuk pelajar. Sekolah ini mahu memastikan bahawa setiap pelajar bukan sahaja cemerlang dalam hafazan Al-Quran, tetapi juga mendapat pengetahuan yang berguna untuk masa depan mereka. Pelbagai aktiviti di luar kurikulum juga di adakan untuk membantu pelajar membina kemahiran hidup yang penting.


Sekolah ini memerlukan dana untuk terus beroperasi dan menampung kos harian, termasuklah membayar gaji guru, menyediakan bahan pengajaran, makanan, dan kemudahan lain. Dana juga diperlukan untuk menambah baik prasarana sekolah dan memastikan pelajar mendapat persekitaran pembelajaran yang kondusif. Kegagalan mendapatkan dana yang mencukupi boleh menjejaskan pendidikan dan masa depan anak-anak ini, yang sepenuhnya bergantung kepada kemurahan hati masyarakat untuk terus belajar di sekolah ini.


Pihak Persatuan Misi Keamanan dan Bantuan kemanusiaan antarabangsa Malaysia (BANTU) dengan Kerjasama dan persetujuan pihak Sekolah Tahfiz Al Habbah mengambil tanggugjawab untuk bersama membantu bagi mendapatkan dana agar sekolah ini dapat terus beroperasi. Sokongan dan bantuan dari seluruh masyarakat amat di harapkan dalam kita bersama membantu anak anak ini untuk terus belajar dan menimba ilmu di sini.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 08, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 07, 2024

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 05, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 04, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 04, 2024