MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Apr 24, 2025

INFAQ PERUBATAN UNTUK ANAK YATIM TAHFIZ DAN ASNAF

RM585 / 19.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

33 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH KITA MEMBANTU ANAK-ANAK TAHFIZ DALAM MENYEDIAKAN UBAT-UBATAN SERTA RAWATAN BAGI KEMUDAHAN MEREKA DALAM MENUNTUT ILMU. JOM BANTU!


Allah SWT telah meletakkan setiap penyakit di dunia ini beserta penawarnya.Kita dituntut untuk berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkan ubat-ubatan serta rawatan. Dalam masa yang sama kita dituntut meletakkan keyakinan dalam hati kita bahawa yang menyembuhkan penyakit adalah Allah SWT.Ubat hanya asbab untuk kita usahakan nisbah kepada kita sebagai hamba Nya yang lemah dan banyak kekurangan ini.



Sejak akhir-akhir ini, ramai pelajar di sini diuji dengan masalah kesihatan yang memerlukan rawatan perubatan segera. Keadaan ini semakin mendesak kerana kekurangan bekalan ubatan. Sehubungan itu, pihak maahad berbesar hati ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan untuk bersama-sama membantu dalam menyediakan ubat-ubatan dan rawatan kepada pelajar yang diuji dengan masalah kesihatan.


Pihak maahad berusaha mendapat bekalan rawatan serta ubat-ubatan di farmasi atau klinik swasta yang terdekat. Kebiasaannya pihak kami dapatkan ubat-ubatan di farmasi atau klinik swasta kerana ia lebih dekat dan tidak memerlukan masa yang lama untuk menunggu giliran.

Misalnya, adik Shahrul Syamir, baru-baru ini mengalami benggak di dalam kerongkong yang mana menyukarkan beliau untuk makan dan bercakap. Alhamdulillah dengan berkat sumbangan kalian sebelum ini, pihak kami telah dapatkan rawatan untuknya di sebuah klinik swasta dan alhamdulillah sekarang beliau telah sembuh.


Bermula RM 10, ayuh kita berinfaq kepada anak-nak tahfiz ini yang bercita-cita menjadi hafiz Al-Quran. Semoga infaq kalian menjadi satu jalan bagi melahirkan para hafiz Al-Quran yang menjadi saham bernilai kepada kalian.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat