MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Nov 28, 2024

INFAQ TANGKI AIR BERSIH UNTUK ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF MUSLIMAH

RM1,065 / 10.65 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

44 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

JOM KITA MENABUNG PAHALA AKHIRAT DALAM MEMBANTU BERINFAQ TANGKI AIR BERSIH KEPADA ANAK YATIM DAN ASNAF.


Ayuh menyemai benih kebajikan ibadah dan pahala di dalam infaq ini kerana ia merupakan amal jariah yang mulia di sisi agama yang mendatangkan pahala berterusan bagi yang melakukannya. Apabila kita telah meninggal dunia kelak, pahala dari amal kebaikan tersebut akan terus mengalir kepadanya. Oleh itu, marilah menabung pahala melalui amal jariah dengan menghulurkan sumbangan untuk pembinaan tangki air di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah.



Pihak maahad kerap kali mengalami masalah gangguan bekalan air terutama pada musim kemarau pada setiap awal tahun. Keadaan yang membimbangkan ini menjadi sukar buat para penuntut menggunakan air dalam dalam kehidupan seharian seperti untuk minuman, membasuh pakaian serta termasuk dalam ibadah seperti wuduk, istinjak, mandi dan sebagainya.



Tangki air yang besar yang dapat digunakan untuk menampung jumlah air yang banyak sangat diperlukan oleh para pelajar dan warga maahad ini. Hal ini merupakan satu usaha bagi persiapan simpanan air untuk ketiadaan air di musim kemarau yang panjang kelak. Rasulullah SAW pernah mengkhabarkan kepada kita bahawa sedekah yang paling utama adalah menyediakan air.


أَفْضَلُ الصَّدَقَةِ سَفْيُ الْمَاءِ


Maksudnya: “Sebaik-baik sedekah adalah mengalirkan (menyediakan) air” (HR Ibnu Majah)



Marilah kita sama-sama memanfaatkan harta kita di jalan Allah SWT dengan berinfaq tangki air buat anak-anak tahfiz perempuan di sini yang sedang menuntut ilmu agama demi mencapai kejayaan mereka untuk menjadi seorang yang Hafiz Al-Quran yang berjaya dan cemerlang suatu hari nanti.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 14, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 14, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 14, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 04, 2025

SEMUT HITAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 03, 2025

Kempen Sumbangan Tamat