RAYUAN INFAQ TELAGA AIR ACEH

Dimulakan pada:
30 Apr, 2026
RAYUAN INFAQ TELAGA AIR ACEH
66.33%
RM9,949
/RM15,000
236
penyumbang
25
baki hari

Tentang Kempen

Sumur atau telaga air adalah solusi jangka panjang membekal air bersih untuk Aceh pasca banjir besar melanda 6 bulan lalu. Ayuh bantu kami untuk infaq seikhlas hati dan raih pahala yang berterusan.

Sebahagian besar mangsa banjir di Aceh masih tinggal di khemah, sama ada khemah dari agensi kerajaan atau pun khemah buatan sendiri.

Selain tempat tinggal, masalah utama mereka ada tiada bekalan air bersih. Antara kampung kami beri sumbangan air bersih adalah Kampung Lintang Bawah di Aceh Tamiang, walaupun ada sungai, tetapi air sungai sangat keroh kerana lumpur dari hulu ketika banjir lalu. Bukan sahaja tidak sesuai untuk minum bahkan cuci kain pun tidak sesuai.

Oleh itu, PERKIM BTP adalah antara NGO Malaysia yang telah memberikan sumbangan air bersih, iaitu setakat ini sebanyak 180,000 liter air bersih yang boleh terus diminum tanpa perlu memasaknya. Kami juga telah beri 30 tong drum untuk isi air.

Namun, beli dan bekal air bersih menelan belanja yang tinggi dan dalam masa 5 hari air dibekalkan habis kerana mangsa banjir terlalu ramai dan bekalan air bersih pula tiada.

Solusi jangka panjang adalah menggali sumur (telaga air) dan memulihkan semula telaga yang sedia ada.

Pihak kami telah mengenal pasti beberapa sumur yang boleh dibaik pulih. Walaupun memakan sedikit kos, tetapi, ini boleh memberi manfaat jangka panjang yang insya-Allah dapat menyelesaikan masalah air bersih iaitu satu sumur untuk 50 rumah atau lebih.

Oleh itu, ayuh bantu kami untuk membina sumur baru dan membaiki sumur sedia ada yang tertimbus kerana lumpur banjir 6 bulan yang lalu. Melalui sumur-sumur ini, kami tidak perlu membeli air dan menyewa lori untuk membekalkan air.

Setitis air dari sumur ini adalah seribu harapan bagi mangsa banjir di sini dan pahala jariah pula untuk anda yang menyumbang.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

17 May 2026

Alhamdulillah kerja-kerja membaik pulih dengan mengeluarkan lumpur dari 2 buah sumur (telaga air) sedang berjalan di Kampung Lintang Bawah, Aceh Tamiang.

Kerja-kerja dijalan secara manual sahaja di mana seorang pekerja mengambil risiko turun ke dalam telaga yang dalam itu untuk  mengaut dan meletakkan lumpur ke dalam baldi, manakala seorang lagi tarik baldi itu ke atas untuk membuang lumpur tersebut.

Alhamdulillah, salah satu sumur sudah pun dibersihkan dan pam pair ternyata menyedut air yang agak jernih.

Terima kasih atas sumbangan anda. Apabila sumur-sumur ini sudah bersih sepenuhnya, kami akan sewa lori tangki untuk mengambil air dari sumur-sumur ini dan dibekalkan ke kampung lain yang masih menghadapi masalah air bersih.

Penduduk kampung sini pula boleh mengambil air dari sumur ini secara percuma.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jun 04, 2026
SYARIF MOHD
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 03, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jun 03, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 03, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 03, 2026

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

BANTU KHAIRA DAN BELLA MELALUI PROGRAM ANGKAT
INFAK IQRA
INFAQ AL QURAN UNTUK NEGARA MINORITI ISLAM
SEDEKAH BINA TELAGA AIR BAGI PENGHAFAL QURAN
BIASISWA PELAJAR TAHFIDZ QURAN YATIM PIATU MISKIN DAN ASNAF