Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM4,006 / 100.15 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000
194 Penyumbang
Kempen Berjaya
Assalamualaikum Tuan/Puan, semoga selalu dalam keadaan baik dan sihat. Alhamdulillah kempen perolehan tempat wuduk Maahad Al Insyirah telah mengumpul sebanyak RM2,435. Terima kasih kami ucapkan kepada tuan dan puan yang telah menyisihkan rezeki untuk menyediakan akses air bersih kepada pelajar tahfiz. Maahad Al Insyirah merupakan antara maahad yang dilanda banjir dan tertimbus lumpur. Banjir kilat yang deras merosakkan bangunan dan meletuskan tempat berwuduk. Kini tiada lagi tempat bersuci bagi mereka.

Tuan/Puan yang baik hati sekalian, kami ingin menjemput untuk sama-sama membina telaga wuduk untuk pelajar tahfiz. Kami masih memperlukan dana sebesar RM4,000 untuk membiayai 1 kawasan wuduk. InshaAllah sumbangan anda amat berharga untuk mewujudkan sumber air bersih iaitu pembinaan telaga air dan tempat wuduk serta tandas adik beradik tahfiz maahad ini.


Daripada Said bin Abi Burdah, dari datuknya berkata, Nabi SAW bersabda: "Wajib bagi setiap muslim untuk bersedekah." Para sahabat bertanya; "Bagaimana jika ia tidak mempunyai apa-apa? ' Baginda bersabda: "Hendaklah dia bekerja dengan kedua-dua tangannya, sehingga ia boleh memberi manfaat untuk dirinya dan bersedekah.' Mereka bertanya lagi; 'Bagaimana jika ia tidak boleh melakukannya? Baginda bersabda: "Hendaklah dia menolong orang yang kesusahan atau sangat memerlukan bantuan.'
Mereka bertanya lagi; 'Bagaimana jika ia tidak mampu melakukannya? ' Baginda bersabda: "Suruhlah orang melakukan kebaikan atau; menyuruh melakukan yang makruf"'. Mereka bertanya lagi; 'Bagaimana jika ia tidak dapat melakukannya? ' Baginda bersabda: "Tahanlah dirimu diri dari kejahatan, kerana itu juga adalah sedekah baginya.'
(HR Bukhari No: 5563)
Sekiranya pembinaan tempat wuduk Maahad Al Insyirah telah dibiayai oleh pihak lain. Maka sumbangan anda akan dibangunkan untuk tempat wuduk maahad miskin yang lain.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Menambah pahala fadhilat bulan Zulhijjah dari amalan infaq dan sedekah melalui Asar Humanity:
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Pasukan Asar Humanity berkesempatan bertemu dengan tokoh agama di Desa Dasan Gunung, melawat Musala Al Hijrah yang sehingga kini masih berikhtiar membina telaga wuduk untuk jemaah Musala dan anak-anak mengaji al-Quran.
Akibat anomali cuaca, kolam air yang sebelum ini digunakan untuk ambil air wuduk setakat ini kering dan tidak mengeluarkan air. Malah ia hanya menjadi lopak air yang menjadi sarang nyamuk sehingga penduduk menutup kolam itu dengan tanah. Ini menyebabkan bak takungan yang sebelum ini digunakan untuk menampung air dari kolam, tidak lagi berfungsi.
Ini menyebabkan jemaah dan kanak-kanak terpaksa pergi ke sungai yang terletak lebih jauh dari kolam. Sudah tentu ini sangat berbahaya. Bertitik tolak daripada maklumat ini, kami berusaha dan mengajak Tuan dan Puan untuk membantu mewujudkan pembinaan sumber air bersih dan juga kemudahan wuduk untuk jemaah dan anak-anak mengaji al-Quran.
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. (At-Taubah 9:18)
Bantu wujudkan sumber air bersih dan telaga wuduk Musala Al Hijrah
https://sumbangan.com/infaqzulkaedahtelagaalhijrah







Assalamu’alaikum Tuan dan Puan,
Alhamdulillah Allah SWT masih pertemukan kita dengan Jumaat pernuh barokah. Kurang dari 10 hari bulan Zulkaedah akan berakhir. Semoga Allah SWT selalu menjaga kita jauh dari maksiat dan mendekat diri kepadaNya dengan amalan shalih.

Tak lupa terus kami ingatkan bulan Zulkaedah ini ialah bulan yang termasuk dalam bulan haram di mana Allah SWT perintahkan langsung dalam Al Quran untuk menghormatinya. Setiap amalan kebaikan yang kita lakukan di bulan ini akan Allah lipat gandakan pahalanya, sementara itu jika ada orang berlaku maksiat, Allah juga akan melipatgandakan dosa. Naudzubillah.
Ayuh, jangan sampai terlepas dari keberkahan hari Jumat di bulan Zulkaedah. Lakukan amalan shalih melalui infaq dan sedekah di bulan Zulkaedah.
Anda dapat menyokong program Asar Humanity melalui tautan di bawah ini. Jazakumullah khairan.
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 03, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 03, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 03, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Nov 03, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 03, 2022