Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM2,650 / 75.71 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,500
148 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum Tuan/Puan, semoga Allah selalu melindungi anda dalam setiap langkah ikhtiar dan doa baik. Alhamdulillah kempen perolehan tempat wuduk Maahad Al Insyirah telah mengumpul sebanyak lebih kurang RM5,800.
Terima kasih untuk Tuan dan Puan yang telah berderma rezeki untuk menyediakan telaga wuduk di Maahad Al Insyirah. Maahad Al Insyirah rosak teruk karena terjejas banjir dan sisa lumpur dari banjir yang besar. Sebahagian besar bangunan rosak teruk, menghanyutkan kitab, Al-Quran dan terutama tempat wuduk. Sulit bagi mereka untuk mendapatkan air bersih untuk bersuci.
Oleh itu, kami ingin menjemput anda bersama membina telaga wuduk di Maahad Al Insyirah. Tempat ini akan digunakan oleh pelajar tahfiz yang tinggal di sana serta bagi warga terdekat yang ingin beribadah. Kami masih memerlukan dana sebesar RM2000 untuk membina satu area wuduk yang baik dan sepatutnya. Insha Allah sedekah anda akan mewujudkan sumber air bersih iaitu pembinaan telaga air dan tempat wuduk serta tandas pelajar tahfiz di maahad ini.
"Kamu tidak akan sama sekali dapat mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu infakkan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa jua yang kamu infakkan." (Surah Ali-Imran: 92)
Sekiranya pembinaan tempat wuduk Maahad Al Insyirah telah dibiayai oleh pihak lain, maka sumbangan anda akan dibangunkan untuk tempat wuduk Maahad yang lain. Jika hal ini terjadi, kami akan memaklumkan nama maahad yang baru untuk dibina.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Pasukan Asar Humanity berkesempatan bertemu dengan tokoh agama di Desa Dasan Gunung, melawat Musala Al Hijrah yang sehingga kini masih berikhtiar membina telaga wuduk untuk jemaah Musala dan anak-anak mengaji al-Quran.
Akibat anomali cuaca, kolam air yang sebelum ini digunakan untuk ambil air wuduk setakat ini kering dan tidak mengeluarkan air. Malah ia hanya menjadi lopak air yang menjadi sarang nyamuk sehingga penduduk menutup kolam itu dengan tanah. Ini menyebabkan bak takungan yang sebelum ini digunakan untuk menampung air dari kolam, tidak lagi berfungsi.
Ini menyebabkan jemaah dan kanak-kanak terpaksa pergi ke sungai yang terletak lebih jauh dari kolam. Sudah tentu ini sangat berbahaya. Bertitik tolak daripada maklumat ini, kami berusaha dan mengajak Tuan dan Puan untuk membantu mewujudkan pembinaan sumber air bersih dan juga kemudahan wuduk untuk jemaah dan anak-anak mengaji al-Quran.
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. (At-Taubah 9:18)
Bantu wujudkan sumber air bersih dan telaga wuduk Musala Al Hijrah
https://sumbangan.com/infaqzulkaedahtelagaalhijrah
Alhamdulillah, kabar gembira datang dari Maahad Al Insyirah.
Sedekah dari Tuan dan Puan sudah digunakan untuk membina bak penampuangan air, dan area wudhu. InshaAllah pahala jariyah akan terus mengalir kepada Tuan dan Puan yang sudah berderma mewujudkan area wudhu di maahad ini.
Cerita dari pengasas Maahad, tanah di area maahad yang terjejas banjir ini berbatu cadas besar sehingga tidak memungkinkan untuk menggali sumur dalam. Sehingga pengasas Maahad memberikan saran untuk dibuatkan bak penampungan air. Berdasarkan kebutuhan asas dan tujuan untuk menyucikan diri para pelajar tahfiz, bak penampungan air dibina.
Penampungan air ini berjarak 700 meter arah ke gunung dengan debit air 1 kubik per detik, luas tempat penampungan air ini dengan panjang 2 meter, lebar 1 meter kedalaman 2 meter mampu menampung air sebanyak 2500 liter. Kemudian aiir dialirkan ke maahad dengan paip yang diikat dengan pohon yang berimpitan dengan sungai.
Penampungan ini sepenuhnya digunakan untuk maahad Al Insyirah. Ada 48 pelajar tahfiz terdiri dari 28 ikhwan dan 20 pelajar akhwat. Alhamdulillah tidak hanya untuk pelajar maahad, ada 1 paip yang disediakan untuk kebutuhan warga sekitaran maahad. Terdapat 23 keluarga yang tinggal dan menetap di desa Purasari bersebelahan dengan maahad.
Sementara tempat wudhu ini dibangun khusus di lokasi pelajar tahfiz akhwat, karena selama ini pelajar tahfiz akhwat wudhu di dalam kamar mandi, tidak ada tempat wudhu khusus yang tersedia pasca bencana banjir bandang pada Mei 2022 lalu
Terima kasih Tuan dan Puan. Jazakumullah khairan.
Semoga Allah SWT luaskan berkah dan lipatgandakan ganjaran pahala kepada anda dan keluarga. Aamiin
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 04, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 04, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 04, 2022
SITI SAFIIAH BINTI SULAIMAN
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 04, 2022
KHAIRUL NIZAM YAHYA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 04, 2022