MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Apr 14, 2025

ZAHIRKAN RASA SYUKUR DENGAN MEMBERI INFAQ TELUR BUAT PEJUANG UMAT

RM405 / 13.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

30 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH BERINFAQ KEPADA MAAHAD TAHFIZ AL QURAN DENGAN MEMBERI SUMBANGAN TELUR YANG MENCUKUPI.


Sedekah adalah amalan mulia terutamanya dalam kalangan berkemampuan kerana ia bukan sahaja dapat mempertingkatkan keimanan tetapi juga membantu golongan susah yang memerlukan pertolongan.



Bagi orang yang memahami konsep sedekah, dia meyakini bahawa amalan terpuji itu bukan sahaja menyucikan diri dan harta, bahkan pahalanya berkekalan hingga ke hari pembalasan kelak.



Maahad Tahfiz kami di sini terdiri dalam kalangan anak-anak yatim dan asnaf yang kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik. Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin menyeru muslimin dan muslimat sama-sama membantu mendapatkan telur yang mencukupi untuk hidangan dan makanan anak-anak tahfiz di sini.


Telur ialah zat gizi yang membentuk setiap sel dan jaringan penyusun tubuh manusia, seperti otot, otak, peredaran darah, tulang, dan banyak lagi. Dengan adanya telur yang mencukupi, para pelajar tidak menjadi lapar ketika sesi pegajian di dalam kelas supaya anak-anak disini bersungguh-sungguh lagi untuk mendapatkan ilmu.



“Sesungguhnya sedekahnya orang Muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri” (Hadis Riwayat al-Thabrani)



Ayuh kita sama-sama mengejar pahala dengan berinfaq kepada anak-anak syurga ini. Mudah-mudahan apa sahaja yang kita buat kebaikan Allah pasti akan membalasnya.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 15, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 15, 2025

MISBA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 15, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 15, 2025

MOHAMAD IZWAN ABDUL GHANI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 14, 2025

Kempen Sumbangan Tamat