ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Oct 24, 2024

INFAQ MAKANAN BERKHASIAT UNTUK ANAK-ANAK YAMAN

RM60 / 2.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

2 Penyumbang

129 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

2.3 juta anak Yaman derita malnutrisi, kirimkan makanan dan keperluan asas untuk saudara kita di Yaman bersama ASAR Humanity.


Saudara-saudara kita di Yaman kini berada dalam keadaan yang sangat memprihatinkan. Sejak konflik yang berpanjangan, negara ini mengalami krisis kemanusiaan paling dahsyat di dunia.



2.3 juta anak Yaman memerlukan nutrisi: Mari bersama selamatkan mereka!


Ratusan ribu nyawa telah terkorban, dan berjuta-juta lagi sedang berjuang untuk bertahan hidup dalam kelaparan dan kemiskinan. Menurut laporan UNICEF, lebih daripada 2.3 juta kanak-kanak di Yaman menderita malnutrisi teruk, dan hampir 400,000 di antaranya berada dalam keadaan kritikal, menghadapi risiko kematian akibat kelaparan.



ASAR Humanity terus berusaha menyalurkan bantuan kepada saudara-saudara kita di Yaman. Setiap hari, pasukan kami bekerja keras menghantar makanan, air bersih, pakaian, dan keperluan asas lain kepada mereka yang memerlukan. Namun, usaha ini tidak boleh dilakukan sendirian. Kami memerlukan sokongan anda.



Dengan sedekah anda, kita mampu mengubah kehidupan mereka. Setiap donasi yang anda hulurkan akan digunakan untuk menyediakan paket makanan, nutrisi, dan keperluan harian lain kepada keluarga-keluarga di Yaman, khususnya kanak-kanak yang menderita kelaparan. Bayangkan, sedikit bantuan daripada kita mampu menyelamatkan nyawa anak-anak yang tidak berdosa.



Lebih daripada 2.3 juta kanak-kanak di Yaman mengalami kekurangan zat makanan, dan tanpa bantuan, nyawa mereka dalam bahaya. Hampir 400,000 kanak-kanak berisiko mati kerana kelaparan yang teruk. Setiap sen yang anda infaqkan akan menjadi penyelamat bagi mereka, memberikan harapan untuk hari esok yang lebih baik.


"Dan apa jua harta yang kamu belanjakan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui." (Al-Baqarah: 273)



Mari bersama kami, menjadi sebahagian daripada misi mulia ini. Ayuh kita bersedekah dan berkongsi rezeki, agar saudara-saudara kita di Yaman dapat menikmati makanan yang sihat dan berkhasiat. Bantuan kecil anda mampu menyelamatkan nyawa mereka.



Sumbangan anda amat berharga, kerana setiap sen yang anda hulurkan adalah langkah menuju kesejahteraan anak-anak Yaman yang teraniaya.


Jom! #BuatBaik

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAJJAH FATIMAH@AZIZAH BINTI ABDULLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 24, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 24, 2024