Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM205 / 6.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
11 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Perintah beribadah kepada Allah SWT terdapat dalam Surah Al-Baqarah ayat 21 sebagai berikut:
يٰۤاَيُّهَا النَّاسُ اعۡبُدُوۡا رَبَّكُمُ الَّذِىۡ خَلَقَكُمۡ وَالَّذِيۡنَ مِنۡ قَبۡلِكُمَّۡ لَۡۡ
“Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa." (QS. Al Baqarah: 21)
Dengan beribadah kepada Allah SWT, hati akan menjadi tenang dan merasa tenteram. Demikian yang dilakukan oleh ketua Maahad Sunanul Abror yang terletak di Desa Ciwalen, Kecamatan Warungkondang, di mana pada hari Senin, 21 November 2022. Beliau sedang berzikir bersama tamu yang datang dari luar kota namun di tengah khusyuknya zikir gempa bumi tiba-tiba menggegarkan kawasan itu dan menyebabkan ketua maahad dan tetamunya keluar dari rumah dan segera membantu warga setempat yang menjerit meminta tolong.
Di mana gegaran gempa bumi ini menyebabkan sebahagian dinding maahad dan genting bumbung runtuh yang turut menjejaskan kerosakan pada barang-barang di sekeliling seperti almari, peralatan sekolah dan alatan ibadah untuk pelajar yang tinggal di maahad ini. Maahad Sunanul Abror mempunyai 6 buah bilik dan seramai 40 orang pelajar tinggal di sini yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza.
Maahad Sunanul Abror bukan satu-satunya maahad yang terjejas gempa bumi, banyak lagi maahad yang turut terjejas sehingga menyebabkan kerosakan peralatan sekolah dan peralatan peribadi pelajar seperti peralatan ibadah. Peralatan itu adalah salah satu perkara yang penting kerana ia digunakan untuk beribadat kepada Allah SWT.
Oleh sebab itu, melalui program sedekah peralatan ibadah ini, marilah sama-sama kita membantu maahad yang terjejas gempa bumi di Cianjur melalui sedekah terbaik yang disumbangkan. InshaAllah sedekah daripada anda akan diagihkan berupa peralatan ibadah seperti telekung solat, kain sarung, sejadah, Al-Quran, Iqra dan sebagainya untuk maahad yang terjejas akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum tuan dan puan, semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan dalam keadaan sihat sejahtera, aamiin
Gempa bumi yang sebelum ini menggegarkan wilayah Cianjur pada November 2022 dan menyebabkan pelbagai kerosakan kemudahan salah satunya Maahad Sunanul Abror menyebabkan maahad tersebut tidak beroperasi semula buat sementara waktu sehingga masa yang tidak ditentukan.
Sebaliknya terdapat juga Mahaad Ya Bunayya yang turut mengalami kerosakan pada bangunan dan sebahagian barangan yang rosak tertimbus di bawah runtuhan bangunan akibat gempa bumi yang menggegarkannya, namun Alhamdulillah maahad ini masih boleh beroperasi walaupun dengan semua batasan yang wujud.
Dan alhamdulillah dengan sokongan yang anda sumbangkan ke kempen ini, pasukan Asar Humanity telah menghantar amanat yang anda berikan berupa Al-Quran, Iqra, Sejadah, dan Sarung kepada pelajar-pelajar di Maahad Ya Bunayya yang terletak di Kampung Longkewang , Desa Gasol, Kecamatan Cugenang, Cianjur, Jawa Barat, Indonesia.
Ketika pasukan Asar menghantarkan amanat dari tuan-tuan dan puan-puan, mereka sangat gembira dan terharu, kerana masih ada yang menyayangi mereka seperti tuan-tuan dan puan-puan.
“Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah diberikan. Kerana keadaan maahad kami yang rosak akibat gempa bumi dan banyak keperluan kami hilang kerana bangunan tertimbus dalam runtuhan.” kata ketua Maahad Ya Bunayya.
InshaAllah dengan bantuan Al-Qur'an, Iqra, Sejadah dan Sarung yang anda sediakan ini sangat berguna untuk pelajar-pelajar di Maahad Ya Bunayya Cianjur yang boleh mereka gunakan untuk mengaji atau beribadat. Dan semoga dengan budi baik tuan-tuan dan puan-puan dalam memberi perhatian kepada pelajar-pelajar yang ditimpa kesusahan, dapat menjadi washilah diijabahnya doa tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga, aamiin yaa rabbal 'aalamiin.
Dan untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Jazakumullahu khairan, Wassaalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 12, 2022