MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jan 27, 2025

RAYUAN INFAQ UTILITI KEPADA MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

RM487 / 16.23 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

31 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH KITA SAMA-SAMA MEMBANTU MEREKA AGAR DAPAT MENERUSKAN PENGAJIAN DI SINI BERSAMA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN MEREKA.


Assalamualaikum wbt muslimin muslimat yang dikasihi Allah SWT. Amalan berinfaq merupakan amalan mulia yang sangat dianjurkan dalam Islam. Dengan infaq anda semua, maahad tahfiz dapat bejalan dengan baik hingga hari ini.


Untuk memastikan kelangsungan operasi dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan selesa, kemudahan asas seperti elektrik dan air adalah sangat penting. Namun, peningkatan kos bil utiliti ini telah menyebabkan kami menghadapi kekurangan dana.



Oleh kerana itu, pihak maahad berharap orang ramai dapat memberi kerjasama dengan berinfaq bagi menampung kos perbelanjaan eletrik ini, Dengan adanya sumbangan infaq anda, kami dapat memastikan kelangsungan operasi dengan lancar. Semoga maahad tahfiz kami dapat berjalan dengan baik dan secara tidak langsung menyokong mereka dalam perjalanan mereka untuk memperoleh ilmu agama dan membina masa depan yang lebih baik.



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya sedekahnya orang Muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri” (Hadis Riwayat al-Thabrani)



Jom kita membantu mereka yang memerlukan, menyumbang kepada pembangunan bagi melahirkan generasi berakhlak dan berilmu dan memperbaiki keadaan sosial. Ia juga menjadi salah satu cara untuk membersihkan harta kita dan mendapatkan keredhaan Allah SWT. Amalan infaq membawa keberkatan, pahala yang berlipat ganda, dan menjanjikan ganjaran yang besar di dunia dan akhirat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 21, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 14, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Mar 08, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 03, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 10, 2025

Kempen Sumbangan Tamat