ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Dec 09, 2022

INFAQ KEPERLUAN PENDIDIKAN PELAJAR DI MAAHAD TAHFIZ DHUAFA

RM210 / 5.25 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000

14 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Hidup dalam kekurangan di maahad tidak menggoyahkan semangat pelajar-pelajar di maahad tahfiz untuk belajar. Jom kita agihkan makanan, kelengkapan sekolah dan kelengkapan tidur untuk mereka!


"Kami kini belajar di tahap Sekolah Menengah dan kami sudah mencari wang sendiri untuk yuran sekolah. Kadang-kadang kami tidak makan sepanjang hari, jika ada, kami hanya makan pisang rebus untuk sarapan pagi, begitu juga untuk makan tengahari dan makan malam. Tetapi demi pendidikan kami masih melaluinya." kata salah seorang pelajar di Maahad Mualaf Mentawai di Pulau Siberut, Sumatera Barat.



Pelajar di maahad ini hidup dengan segala keterbatasan, bermula dari segi makanan di mana mereka jarang makan nasi kerana harga beras yang mahal dan biasanya hanya boleh makan pisang rebus untuk sarapan pagi, makan tengahari atau makan malam. Bukan itu sahaja, untuk tidur pun mereka terpaksa bergelut dengan kesejukan malam kerana tidur di atas tilam nipis sahaja. Namun hal ini tidak menggoyahkan semangat mereka dalam mempelajari ilmu am, agama mahupun menghafaz Al-Quran.




Selain itu, walaupun mereka berasal dari keluarga dhuafa, mereka tidak berputus asa dalam pelajaran dengan mencari wang untuk memenuhinya. Kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan pendidikan menyebabkan mereka terus bertahan dan berusaha melakukan segala-galanya. Mereka juga telah mengamalkan sunnah Rasulullah SAW berikut:


"Menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap muslim, dan sesiapa yang memberi ilmu kepada orang yang tidak berguna adalah seperti meletakkan kalung dari permata, mutiara dan emas pada leher binatang." (Riwayat Ibnu Majah)



Sebaliknya, bukan pelajar di Maahad Mualaf Mentawai sahaja yang mengalami kesukaran tetapi masih ramai pelajar di maahad lain yang turut mengalami perkara yang sama dan memerlukan bantuan kita untuk bersama mereka agar mereka terus bersemangat dalam mempelajari atau menghafaz Al-Quran.



Oleh sebab itu, marilah kita sama-sama membantu pelajar di maahad tahfiz yang masih kekurangan. Di mana sedekah daripada anda akan diagihkan dalam bentuk bantuan pendidikan berupa pembelian keperluan sekolah, makanan, tilam untuk tidur di maahad dan sebagainya kepada maahad tahfiz di Indonesia yang memerlukan. Semoga kebaikan anda dicatat sebagai sedekah yang tidak terputus pahalanya kerana telah membantu perjuangan para penuntut ilmu. Amin.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 19, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 16, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 16, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 16, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 15, 2022

Kempen Sumbangan Tamat