Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM175 / 5.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
12 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Asar Humanity komited sepenuhnya untuk meneruskan kempen Bantuan Alat Ibadah Anak Yatim dan Fakir Miskin di maahad tahfiz. Kami berazam untuk menyampaikan amanat anda dalam menyebarkan kebahagiaan kepada anak-anak generasi Al-Quran. Pada bulan Muharam yang lalu, kami telah mengedarkan 90 pakej utiliti tilawah kepada kanak-kanak di Festival Muharam di Bogor. Kini, kami ingin memastikan anak-anak Maahad lain yang kurang bernasib baik mengalami kebahagiaan yang sama.
Di maahad, ramai pelajar yang hidup dalam kemiskinan dan tidak mempunyai peralatan yang mencukupi untuk membaca Al-Quran seperti buku, alat tulis dan bahan pembelajaran lain. Walaupun pengasas maahad bekerja bersungguh-sungguh dengan sumber yang terhad, peralatan sedia ada sering digunakan secara bergilir-gilir dan cepat rosak sehingga mengganggu proses pembelajaran mereka.
Dalam kempen ini, kami inshaAllah akan menghantarkan pakej uliti belajar dan ibadah, yang merangkumi telekung, sarung, dan sejadah, bagi menyokong anak-anak menjalankan ibadah dengan lebih khusyuk. Selain itu, buku, alat tulis dan beg, untuk memotivasikan mereka belajar dan mencapai matlamat mereka.
Setiap sumbangan mulai RM10, mempunyai impak yang besar pada masa depan mereka. Sumbangan anda bukan sahaja membawa kebahagiaan, tetapi juga memberi harapan dan peluang yang lebih baik untuk masa depan mereka.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Aug 08, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 08, 2024