INFAQ VAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR MAAHAD TAHFIZ PERCUMA FASA 1

RM1,360 / 2.72 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

10 Penyumbang

297 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Tujuan pembelian van adalah untuk memudahkan pergerakan pihak maahad membawa para pelajar menunaikan solat Jumaat, memenuhi jemputan doa selamat, kenduri, lawatan ilmiah dan sebagainya.


Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Hanafiah merupakan sebuah institusi pengajian tahfiz yang beroperasi secara percuma. Fokus utama penubuhan Maahad ini adalah untuk menempatkan anak yatim, asnaf serta golongan yang kurang berkemampuan mendapatkan pendidikan agama yang berkualiti sama seperti kanak-kanak diluar. Kesenjangan ekonomi keluarga bukanlah penghalang bagi anak-anak mendapatkan pendidikan yang terbaik. Justeru, dengan adanya Maahad Tahfiz yang beroperasi secara percuma ini merupakan platform terbaik bagi mereka yang memerlukan.



Walau bagaimanapun, pihak maahad mengalami kesuntukan dan kekurangan dana bagi membeli sebuah van untuk kegunaan para pelajar maahad kami. Sebuah van ini mampu memuatkan keseluruhan pelajar kami memandangkan pelajar di maahad kami hanya mempunyai 14 orang sahaja. Namun, van ini sangat diperlukan bagi membawa para pelajar menunaikan solat jumaat, memenuhi jemputan doa selamat, kenduri, lawatan ilmiah dan sebagainya.



Di samping itu, Pertubuhan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah menjalankan beberapa aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan pergerakan perjalanan dari semasa ke semasa seperti menyantuni golongan asnaf dan B40, mewakafkan cermin mata bagi pembacaan Al-Quran di masjid-masjid, aktiviti membersihkan tanah kubur, kelas pengajian Al-Quran, aktiviti korban dan banyak lagi. Namun, ketiadaan kenderaan khusus menyebabkan kami terpaksa menyewa kenderaan luar bagi menjayakan program-program kemasyarakatan dan untuk membawa para pelajar ke program luar.



Anggaran kos bagi tujuan tersebut adalah sebanyak RM94,180.20 dan pihak pertubuhan telah membayar RM70,000 sebagai wang deposit. Justeru, kami menyeru mana-mana individu atau syarikat yang sudi menyumbang bagi kelancaran proses pembelian sebuah van.



Firman Allah SWT yang bermaksud: "Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya." (Surah al-Baqarah, ayat 261)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM100.00

Mar 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Mar 15, 2024

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM1,000.00

Mar 08, 2024

MSY

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 28, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 23, 2024