BANTUAN DANA OPERASI KEPERLUAN HARIAN DAN PEMBELIAN VAN SEKOLAH ANAK YATIM DAN ASNAF

RM94,677 / 100.02 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM94,662

3629 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan mendapatkan dana bagi menampung kos operasi bulanan yg mencecah RM36,000 sebulan dan pembelian van sekolah. Semoga dermawan dapat membantu usaha ini demi anak-anak syurga disini.


Latar belakang


Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah (PJRKNH) yang diusahakan sejak tahun 2012 lagi berazam dan bertekad untuk membawa sinar baru dalam kehidupan insan-insan yang kurang bernasib baik ini dengan keperluan Lahiriah mahupun Rohaniah.


Seramai 30 orang penghuni yang terdiri daripada anak-anak yatim & piatu, dan anak-anak asnaf yang berumur dalam lingkungan 6 ke 17 tahun telah menetap disini.



Rasulullah SAW bersabda:


“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga”.



Anak-anak disini diterapkan dengan pendidikan agama


Antara aktiviti hobi yang mereka lakukan


Mereka juga diterapkan dengan sunnah Nabi Muhammad SAW (makan berkongsi talam)


“Rumah sewa tertunggak, makan kadang kami catu, Van pula…”


Bukan senang untuk menjaga amanah ini, kami sedaya upaya untuk memberikan keperluan harian, keselesaan, pendidikan, dan kebahagiaan buat anak-anak ini. Banyak kekangan yang kami hadapi demi mengekalkan Rumah ini.


Antaranya adalah untuk menanggung kos perbelanjaan tetap. Ini kerana kos bulanan sahaja sudah mencecah RM 36,000. Hasil daripada usaha kami jalankan perniagaan bagi menanggung operasi pun sudah tidak mampu atas kerana kemasukkan anak yatim kini semakin meningkat.



Selain daripada itu juga, Van Sekolah bagi menghantar anak-anak ini kesekolah juga sudah uzur. Kosnya tinggi untuk membaik pulih van ini.


Kenderaan kami sering keluar masuk bengkel


Dana Operasi Keperluan Harian dan Pembelian Van Sekolah


Justeru itu, Kami dengan rendah hati ini memohon rayuan daripada tuan dan puan yang budiman di luar sana untuk bersama membantu menghulurkan sumbangan ikhlas sebanyak RM50 seminggu secara berterusan buat anak-anak di sini, dengan harapan anak-anak yatim dan asnaf ini kuat untuk meneruskan kehidupan mereka pada masa akan datang.


JOM BANTU PJRKNH


Insha Allah dengan RM 100 sebulan, sumbangan yang anda berikan, kami terus amanah dan komited dalam menjaga kebajikan anak-anak disini selain terus memberi mereka bimbingan agar mereka mempunyai masa depan yang cerah.


Rasulullah SAW bersabda:


“Dan Allah SWT sentiasa memberi pertolongan kepada hambanya selama ia menolong saudaranya”

HR Muslim


Jika terdapat pertanyaan, kemusykilan mahupun aduan, tuan-tuan dan puan-puan yang dermawan boleh terus berhubung dengan pengerusi Rumah Jalinan Kasih, Ustaz Aliff di talian 012 331 6486 atau tuan-tuan dan puan-puan boleh menziarah terus ke alamat : No 1,Jalan Pimping Kanan Ukay height,Ampang 68000,Selangor


Jom #BuatBaik!




Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM5.00

Aug 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 28, 2023

MUHAMMAD FUAD AHMAD

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 28, 2023

Kempen Sumbangan Tamat