Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM340 / 11.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
6 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Saudara-saudari yang dirahmati Allah. Bayangkan kehidupan Nenek Rumuntang, seorang janda tua berusia 69 tahun yang kini tinggal sendirian di Lombok Timur setelah suaminya meninggal dunia.

Nenek Rumuntang bertahan hidup dengan mengumpulkan sampah plastik untuk dijual, tetapi penghasilannya sangat kecil dan kehidupannya serba kekurangan. Di usianya yang lanjut, tanpa ada sanak saudara yang mendampingi, beliau berjuang sendirian menghadapi kesulitan hidup.

Kisah Nenek Rumuntang bukanlah satu-satunya. Ada ramai lagi orang tua yang hidup sebatang kara dan bergelut dengan kekurangan. Mereka adalah golongan yang paling memerlukan bantuan kita, tetapi sering terpinggirkan. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 195:
"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik."

ASAR Humanity kini berusaha membantu lansia seperti Nenek Rumuntang agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih layak dan sejahtera. Kami ingin mengajak saudara-saudari sekalian untuk menyisihkan sebahagian dari harta yang Allah berikan untuk membantu meringankan beban hidup mereka.

Donasi yang terkumpul akan digunakan untuk menyediakan makanan, tempat tinggal, dan keperluan harian bagi para orang tua yang hidup sendirian dan serba kekurangan. Marilah kita bersama-sama berkongsi rezeki untuk mensejahterakan para warga emas yang sangat memerlukan bantuan kita.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah, dengan izin Allah dan sokongan para penyumbang yang budiman melalui sumbangan.com, ASAR Humanity telah berjaya melaksanakan agihan bantuan makanan kepada warga emas di sebuah panti jompo yang sangat memerlukan.
Pihak pengurusan panti jompo memaklumkan bahawa mereka berhadapan kesukaran menyediakan makanan berkhasiat setiap hari kerana keterbatasan dana. Sedangkan, warga emas di sini memerlukan makanan seimbang untuk menguatkan tubuh dan kesihatan mereka yang semakin lemah.

Bantuan ini digunakan untuk penyediaan makanan harian warga emas yang berada di bawah penjagaan panti jompo tersebut. Ramai daripada mereka sudah tidak mempunyai keluarga yang menjaga, dan hanya bergantung sepenuhnya kepada ihsan penjaga dan masyarakat.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang budiman di Sumbangan.com.
Tanpa anda, bantuan ini tidak akan sampai kepada mereka yang sangat memerlukannya.

Semoga sumbangan ini menjadi saham akhirat dan amal jariah buat semua yang terlibat.
Insya-Allah, kami akan terus menyantuni lebih ramai warga emas yang terlupakan,
supaya mereka tidak merasa sendirian dalam menghabiskan sisa usia.
Jom teruskan berkongsi rezeki!

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 06, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 06, 2024
SALAWA BINTI AHMAD
Menyumbang sebanyak RM100.00
Dec 05, 2024
RAJA NURFAZLI
Menyumbang sebanyak RM200.00
Nov 28, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 12, 2024