INFAQ TUNAI UNTUK TABUNG AMANAH PENDIDIKAN ANAK-ANAK YATIM DAN ANAK-ANAK MISKIN YAWATIM

RM3,310 / 0.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM1,000,000

41 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Berinfaqlah melalui Tabung Amanah Pendidikan Anak-anak Yatim dan Miskin YAWATIM bagi bagi membiayai pendidikan anak-anak yatim atau anak-anak miskin melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi

Bismillahi Rahmanni Rahhim

Selawat Serta Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

 

" SYUKUR ALHAMDULILLAH ANDA DIPILIH OLEH ALLAH SWT SEBAGAI PENYUMBANG UNTUK KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM DAN ANAK-ANAK MISKIN “

 

Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim atau Miskin Malaysia ( YAWATIM ) ditubuhkan pada 2 November 2011 atas inisiatif Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia ( PEYATIM ). Matlamat penubuhan YAWATIM adalah untuk membangunkan dana bagi membiayai pendidikan anak-anak yatim atau anak-anak miskin melanjutkan pelajaran mereka ke institusi - institusi pengajian di bawah PEYATIM iaitu di University College Bestari ( UCB ) di Setiu Terengganu, Kolej Teknologi Bestari ( KTB ) di Ampang Selangor dan Institut Kemahiran Bestari ( IKB ) di Setiu Terengganu

 

MENGAPA ANDA PATUT BERINFAQ KEPADA YAWATIM?

 

1. YAWATIM ditadbir dengan penuh Amanah, Wibawa dan Berintegriti serta  telah terbukti berjaya memberi manfaat kepada 13,066 pelajar di institusi-institusi pendidikan di bawah PEYATIM iaitu University College Bestari (UCB), Kolej Teknologi Bestari (KTB) dan Institut Kemahiran Bestari (IKB).

 

2. Ini adalah peluang untuk anda mendapatkan ganjaran berterusan daripada Allah SWT kerana membantu membina masa depan yang cerah untuk anak-anak-anak yatim atau miskin.  Setiap tahun sekurang-kurangnya seramai 2,000 orang anak-anak yatim atau miskin memerlukan bantuan kewangan untuk membiayai kos pengajian mereka ke institusi pengajian tinggi.

 

3. Infaq anda ke tabung ini akan menerima pengecualian cukai oleh PEYATIM daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (01/35/42/51/179-6.3872)

 

Sila layari www.yawatim.com untuk maklumat lanjut.

 

Orang ramai adalah amat dialu-alukan untuk berinfaq secara tunai kepada Tabung Amanah Pendidikan Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Miskin YAWATIM ini bagi menampung kos pengajian dan keperluan pendidikan anak-anak yatim atau anak-anak miskin melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.

 



“ Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah sama ada lelaki mahu pun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan (balasannya) bagi mereka; dan mereka akan mendapat pahala yang mulia. ”  (Surah Al-Hadid Ayat 18)

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Feb 13, 2022

ABD AZIZ MOKTAR

Menyumbang sebanyak RM200.00

Feb 12, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM2,000.00

Jan 13, 2022

Kempen Sumbangan Tamat