MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 31, 2025

INFAQ YURAN PENGAJIAN PELAJAR TAHFIZ YATIM DAN ASNAF

RM925 / 30.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

33 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

SEBARKAN KASIH DALAM INFAQ YURAN PENGAJIAN BAGI PELAJAR HUFFAZ YANG KURANG KEMAMPUAN DEMI REDA ILLAH. JOM BANTU!


Pihak maahad ingin membuka peluang kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian untuk sama-sama menyumbang saham akhirat dalam infaq yuran pengajian kepada anak-anak tahfiz yang terdiri daripada golongan yang kurang berkemampuaan dan asnaf di sini. Ini bagi memberi peluang kepada mereka menuntut ilmu agama dan memenuhi hasrat mereka menjadi seorang hafiz Al-Quran. 



Terdapat 11 orang pelajar lelaki yang merupakan anak yatim dan asnaf telah mendapat tajaan daripada orang perseorangan dan NGO. Pihak kami akan terus berusaha untuk membantu lebih ramai lagi pelajar yang kurang berkemampuan demi kelangsungan pembelajaran mereka dalam ilmu fardhu ain dan hafazan Al-Quran.



Dengan berinfaq ini, tuan-tuan dan puan-puan mampu membantu membiayai yuran kelas pengajian bagi pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan yang mengalami tunggakan yuran dan memastikan mereka dapat terus belajar al-Quran tanpa sebarang halangan di sini. Selain itu, sumbangan ini mampu membantu keluarga pelajar yang susah dan asnaf.  Yuran ini akan dimanfaatkan untuk:


1. Biaya keperluan belajar

2. Elaun guru



“Apabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang soleh yang memohonkan ampunan untuknya (ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya”

(Hadis Riwayat al-Muslim)


Ayuh kita rebut peluang infaq ini yang membolehkan kita beroleh pahala yang berterusan membawa kita ke syurga. Semoga sumbangan ikhlas ini menjemput keberkatan rezeki kalian semua.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 15, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 13, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 05, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Aug 05, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Aug 05, 2025

Kempen Sumbangan Tamat