Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM4,540 / 56.75 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000
65 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum w.r.t w.b.h,
Tuan/Puan yang budiman,
Pusat Pengajian Darul Ansar (PPDA) merupakan sebuah pusat tahfiz harian yang beroperasi di Taman Keramat, Selangor. Pengajian yang ditawarkan adalah hafazan al-Quran, pengajian al-Quran dan pra Al-Quran (Iqra') serta pengajian agama.
Pihak PPDA memohon sumbangan dari para dermawan untuk membantu meringankan beban tahfiz kami yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19 disebabkan terdapat ibu bapa yang terjejas kewangan dan tidak berkemampuan untuk membayar yuran pengajian anak mereka. Sumbangan dari para dermawan sangat diharapkan bagi membantu menjelaskan tunggakan yuran dan yuran semasa yang berjumlah RM 8,000.00 bagi memastikan tahfiz kami dapat beroperasi sepenuhnya dan para pelajar dapat meneruskan pengajian Al-Quran bagi memberi manfaat kepada agama dan masyarakat, Inshaa Allah.
Marilah kita bersedekah dengan lebihan rezeki wang dan harta yang kita ada untuk meraih ganjaran pahala di sisi Allah SWT. Sesuai dengan Firman Allah yang bermaksud:
" Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya "Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu mada yang sedikit sahaja lagi supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh."
(Al-Quran, Surah Al-Munafiqun Ayat 10)
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 26, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 26, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM200.00
Nov 26, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 26, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 26, 2021