ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jun 26, 2024

INFAQ AKHIR ZULHIJAH UNTUK MAKANAN BERKHASIAT BAGI SAUDARA MUSLIM YAMAN

RM185 / 6.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

12 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bulan haram Zulhijah hampir berakhir, jangan lupa teruskan kebahagiaan saudara Muslim di Yaman, negeri yang diberkahi. Jom kita agihkan makanan lazat berkhasiat!


Yaman masih terperangkap dalam salah satu krisis kemanusiaan terbesar di dunia. Hampir 10 juta kanak-kanak di sana sangat memerlukan bantuan untuk terus hidup.



Sembilan tahun konflik telah melumpuhkan Yaman, memusnahkan sistem sosio-ekonominya. Peperangan, penghijrahan besar-besaran, dan bencana alam yang berulang telah menyebabkan keluarga terdedah kepada penyakit berjangkit. Berjuta-juta kanak-kanak kehilangan akses kepada air bersih, sanitasi, dan kebersihan yang betul. Negara ini terus dilanda kolera, campak, difteria, dan penyakit lain yang sebenarnya boleh dicegah dengan vaksin.



Di bulan Zulhijah yang penuh barakah ini, marilah kita bersama-sama menghulurkan tangan untuk meringankan beban saudara-saudara kita di Yaman. Bersama Asar Humanity, mari kita bebaskan saudara dari kelaparan. Saudara di Yaman harus dibantu kerana berjuta-juta orang di Yaman menghadapi risiko kebuluran, terutamanya kanak-kanak. Selain itu, peperangan, perpindahan, dan bencana alam telah menghancurkan infrastruktur dan perkhidmatan asas. Kekurangan akses kepada air bersih, sanitasi, dan kebersihan telah membawa kepada wabak kolera, campak, dan penyakit lain.



Mari berinfaq untuk agihkan pakej makanan berkhasiat untuk saudara-saudara kita di Yaman. Pakej ini mengandungi:


1. Nasi Berempah

2. Protein Daging

3. Jus

4. Buah-buahan

5. Air Minuman



Sebelumnya, amanah sumbangan anda telah kami agihkan untuk saudara kita di wilayah Taizz. Pakej makanan dari anda amatlah mereka nantikan. Mari lanjutkan kebaikan dan kebahagiaan untuk mereka!



Masih ada peluang berkongsi di akhir bulan Zulhijjah, bulan yang penuh keberkatan, akan melipatgandakan pahala kita. Mari kita raih pahala dan kebahagiaan dengan membantu saudara-saudara kita di Yaman. Semoga Allah SWT memberkati setiap kebaikan yang kita lakukan dan memberikan rahmatNya kepada kita dan keluarga kita.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 27, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 26, 2024

Kempen Sumbangan Tamat