ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jun 11, 2024

INFAQ ZULHIJJAH PENYEMBUHAN TRAUMA ANAK GAZA

RM445 / 14.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

31 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kanak-kanak Gaza terus menjadi mangsa terdedah kekejaman Zionis Israel, ayuh kita memaksimumkan bulan haram dengan menyampaikan bantuan penyembuhan trauma!


Asar Humanity sekali lagi menjemput anda untuk menyertai misi murninya untuk mengubati trauma kanak-kanak di Gaza yang terus menjadi mangsa serangan kejam. Kanak-kanak yang tidak berdosa ini terpaksa tinggal di kem pelarian, namun ancaman serangan Zionis terus menghantui mereka setiap hari.


Menurut laporan UNICEF yang dipetik oleh Agensi PBB untuk Pelarian Palestin, sembilan daripada sepuluh kanak-kanak di Semenanjung Gaza mengalami kekurangan makanan yang teruk. Badan amal Oxfam juga menyatakan bahawa ramai kanak-kanak di sana tidak mendapat makanan sepanjang hari.





“Tiada kanak-kanak yang sepatutnya menghadapi keadaan mengerikan seperti itu,” tegas UNRWA, mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata di kawasan pantai yang terkepung.


Malangnya, baru-baru ini tentera pendudukan Israel membunuh seorang kanak-kanak di rumahnya di Kem Pelarian Al-Nuseirat di tengah Gaza. Kanak-kanak itu sedang makan, dan mulutnya masih penuh dengan makanan ketika dia dibunuh. Pembunuhan besar-besaran Israel di Al-Nuseirat telah meragut nyawa lebih 150 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.


Kanak-kanak di Gaza adalah mangsa utama kekejaman ini. Setiap hari, mereka terpaksa menghadapi kelaparan dan ketakutan terhadap serangan udara yang kejam, meninggalkan parut emosi dan fizikal yang mendalam.



Asar Humanity mengajak anda untuk tidak berdiam diri melihat penderitaan ini.Mari berikan sokongan kepada saudara dan saudari kami di Gaza, terutamanya kanak-kanak yang paling terdedah. Melalui kempen trauma healing ini, kami berusaha untuk memberikan bantuan praktikal seperti hiburan dan aktiviti pelajran yang menyenangkan.



Program psikososial ini direka untuk membantu kanak-kanak mengatasi kesan emosi akibat kekejaman Zionis dan memulihkan kebahagiaan mereka. Kami menyedari bahawa proses penyembuhan tidak akan berlaku serta-merta, tetapi kami inshaAllah sentiasa berada di sana untuk mereka, memberikan sokongan dan kasih sayang yang mereka perlukan untuk bangkit semula.


Namun, kita tidak boleh melakukannya sendirian. Kami memerlukan sokongan anda untuk merealisasikan misi ini. Walaupun kita tidak boleh meruntuhkan tembok yang menghalang Gaza, kita boleh membuktikan bahawa kita hadir bersama mereka. Bersama-sama, kita boleh membawa cahaya di tengah-tengah kegelapan yang mereka alami, membantu mereka bangkit dan mempertahankan hak mereka terhadap tanah air Palestin dan pembebasan Masjid Al Aqsa.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 17, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 16, 2024

Kempen Sumbangan Tamat