ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jun 12, 2024

INFAQ ZULHIJJAH BANTUAN UTILITI PENGAJIAN PELAJAR MAAHAD

RM195 / 6.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

9 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom hantarkan bantuan utiliti pengajian kepada pelajar maahad yang bersemangat menjadi penerus syiar ilmu agama! Raih keutamaan amalan jariyah di bulan Zulhijjah.


Asar Humanity menjemput anda untuk menyokong anak-anak maahad yang berdedikasi dengan ilmu Al-Quran dan bakal menjadi generasi pelapis agama. Di bulan yang mulia ini, mari kita gunakan masa yang ada untuk melakukan yang lebih baik dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.



Ramai pelajar di maahad hidup dalam keterbatasan dan tidak mampu memiliki peralatan mengaji yang mencukupi seperti buku, alat tulis dan sebagainya. Pengasas maahad, dengan segala keterbatasannya, hanya mampu menyediakan alat bacaan yang asas sahaja. Akibatnya, peralatan tersebut sering digunakan secara bergantian sehingga cepat rosak sehingga merencatkan proses pembelajaran anak-anak ini.



Sumbangan anda amat bermakna untuk masa depan mereka. Dengan menderma, anda bukan sahaja menyediakan peralatan mengaji, malah menyemai benih ilmu yang akan terus berkembang dan membuahkan hasil. Insya-Allah amalan ini akan menjadi bekal kebaikan yang tidak berkesudahan, yang akan terus mengalir seiring mereka terus mempelajari dan mengaplikasikan ilmu yang diperolehi.



Kami akan terus menyampaikan setiap sumbangan anda kepada pelajar yang memerlukan. Memastikan bantuan anda tepat pada sasaran dan memberikan faedah maksimum. Dengan bantuan peralatan belajar yang mencukupi, pelajar boleh fokus belajar tanpa perlu risau tentang kekurangan peralatan belajar.



Ganjaran yang akan mengalir kepada anda bukan sedikit. Setiap kali mereka belajar dan menyebarkan ilmu, setiap kebaikan yang mereka lakukan, anda akan mendapat bahagian pahala. Semoga setiap kebaikan yang kita berikan menjadi saksi di hadapan Allah SWT dan membawa keberkatan dalam hidup kita. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat