Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM65 / 2.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
5 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Di bulan Zulkaedah yang penuh keberkatan, Asar Humanity menjemput anda untuk mengambil bahagian dalam kempen amal khas yang memfokuskan penyediaan juadah berbuka puasa yang berkhasiat untuk pelajar yatim dan kurang berkemampuan di maahad tahfiz.
Zulkaedah adalah salah satu daripada empat bulan haram dalam Islam, di mana amalan ibadat kepada Allah SWT diperbanyakkan. Puasa sunnah pada bulan ini mempunyai kelebihan yang besar dan merupakan peluang untuk kita memperoleh pahala yang melimpah ruah. Namun, ramai pelajar yatim piatu dan kurang berkemampuan sukar untuk melaksanakan ibadah ini kerana terhad kepada makanan berkhasiat untuk berbuka puasa.
Kempen ini bertujuan untuk memastikan pelajar mendapat juadah berbuka puasa yang berkhasiat, supaya dapat menunaikan ibadah puasa sunat dengan tenang dan khusyuk. Dengan cara ini, kita bukan sahaja membantu mereka memenuhi keperluan fizikal mereka, tetapi juga menyokong mereka dalam mencapai kerohanian yang lebih tinggi.
Kami menjemput para dermawan untuk menyertai kempen ini dan membantu anak-anak yang kurang berkemampuan untuk menunaikan puasa sunnah. Bermula dari RM10, anda boleh menaja juadah berbuka puasa yang akan memberikan mereka tenaga untuk bersolat sepanjang hari.
Tahun lalu, kempen serupa berjaya menyediakan juadah berbuka puasa untuk lebih 500 pelajar di pelbagai pondok pesantren. Sumbangan anda membantu mereka menjalankan ibadah puasa sunnah dengan lancar dan meningkatkan semangat mereka untuk mendalami ilmu agama. Tahun ini, dengan sokongan anda, kami berharap dapat menjangkau lebih ramai pelajar dan menyediakan makanan yang lebih berkhasiat.
Jom sama-sama kita raih pahala di bulan Zulkaedah dengan menderma untuk kempen ini. Taja juadah berbuka puasa untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik, dan mereka boleh merasai kegembiraan berpuasa dengan penuh khusyuk.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Alhamdulillah team Implementasi Ksatria Asar Humanity telah mendistribusikan Paket iftar Sunnah Pelajar Mahaad Raudhatul Salam yang berada di Mauk, Tangerang, Banten. Sebanyak 150 pelajar maahad menikmati santapan bergizi. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan!
Pimpinan Mahaad Kiai Tubagus Abdul Somad menuturkan ribuan terima kasih atas bantuannya, semoga para donatur mendapatkan ladang pahala dari apa yang telah diberikan kepada Mahaad.
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan sedekah ini sebagai ladang pahala, keberkatan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisi-Nya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 31, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 21, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 21, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 21, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 20, 2024