Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM135 / 4.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
10 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Memandangkan minggu kedua bulan Zulkaedah semakin hampir, marilah kita bersama-sama mengisi bulan yang mulia ini dengan berkongsi kegembiraan buat pelajar di pedalaman. Asar Humanity, dengan komitmen yang tinggi, mengajak anda untuk mengambil bahagian dalam amal kebajikan dengan memberikan bantuan makanan asas kepada pelajar di maahad tahfiz. Anak-anak yatim piatu, daif dan fakir miskin di pelbagai maahad masih sangat memerlukan sokongan kita agar dapat terus mengejar impian dalam menuntut ilmu Al-Quran dan ilmu agama.
“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.” (At-Taubah 9:36)
Tiada sumbangan yang terlalu kecil, sebarang bantuan daripada anda akan memberi mereka tenaga dan harapan baharu. Dengan hanya RM10, anda boleh menyediakan bahan makanan berkualiti seperti beras, minyak masak, telur, susu dan bahan makanan lain sebagai hantaran dari kami kepada mereka.
Marilah kita tunjukkan bahawa rasa ihsan tetap menjadi pendorong utama dalam hati kita, sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Sertai kami meraikan semangat Zulkaedah dengan berkongsi kegembiraan bersama pelajar maahad yang memerlukan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan,
Semoga Allah sentiasa melindungi kamu sekeluarga serta memberkati kamu dengan rahmat dan keampunanNya.
Alhamdulilah, ala kulli haal, pasukan Asar Humanity telah berjaya menyampaikan bantuan daripada Tuan Puan berupa keperluan asas berupa beras, minyak masak, tepung, gula dan lain-lain barangan runcit kepada pelajar di Pinjaman YAFAMA. Pondok pesantren Maka Janapria. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan! Perwakilan pengasas maahad dan pelajar sangat senang mendapatkan sokongan keperluan makanan sehari-hari.
Semoga gerakan ini menjadi wasilah Allah Ridho kepada kita, dan menjadi ladang amal, pahala jariah ini terus mengalir kepada para penyumbang yang senantiasa selalu menyisihkan sebagian hartanya untuk membantu pelajar tahfiz Al Quran di luar bandar.
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi makanan lagi untuk lebih ramai kanak-kanak di luar bandar melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 22, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
May 22, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 22, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 22, 2024
MOHD MUDZAFFAR
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 21, 2024