ASAR HUMANITY

Dimulakan pada May 16, 2024

INFAQ ZULKAEDAH MAKANAN LAZAT BERKHASIAT UNTUK PELAJAR MAAHAD

RM140 / 4.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Meraih keutamaan menderma harta di waktu subuh di bulan Haram Zulkaedah. Jom berkongsi kebahagiaan dengan pelajar tahfiz yatim dhuafa yang kesulitan menyara makanan berkhasiat!


Di bulan Zulkaedah yang mulia ini, kita diberi peluang yang sangat berharga untuk meningkatkan amal ibadah dan kebaikan. Setiap langkah baik yang kita lakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda dari Allah SWT.



Memanfaatkan setiap waktu mustajab salah satunya di waktu subuh. Subuh adalah waktu yang penuh dengan keberkatan, dan bersedekah pada waktu ini membawa rahmat dan kebaikan kepada mereka yang memerlukan. Ketika mentari baru menjelma dan dunia masih tidur dalam hening subuh, marilah kita bersama-sama bersedekah dengan menyediakan makanan siap saji bergizi kepada pelajar maahad yang membutuhkan. Kepentingan sedekah di waktu subuh sangat besar, dan inilah peluang kita untuk merasai nikmatnya.



“Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfak”, sedangkan yang satu lagi berdoa “Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan (hartanya).” (Hadis Riwayat Bukhari 5/270)



Memberi sedekah pada waktu subuh untuk orang lain juga bermakna memulakan hari dengan harapan dan kebahagiaan. InshaAllah setiap sumbangan anda akan membawa impak yang besar dalam kehidupan mereka. Kami percaya bahawa dengan menyediakan makanan berkhasiat, kami juga memberi mereka tenaga untuk perjalanan rohani dan pendidikan mereka.



Mari kita mulakan dengan sumbangan RM10 untuk menyediakan makanan lazat siap masak dan air minuman yang berkualiti kepada pelajar tahfiz yatim yang miskin. InshaAllah, kebaikan ini adalah pelaburan yang tidak ternilai, yang akan terus memberikan pulangan berganda. Sumbangan anda bukan hanya memberi mereka makanan, tetapi juga memberi harapan dan kebahagiaan yang akan mengiringi setiap langkah mereka.



Setiap sumbangan anda adalah bentuk nyata dari kasih sayang dan perhatian kita kepada sesama, khususnya kepada mereka yang sedang menuntut ilmu agama. Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan kita dengan berlipat ganda.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 20, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 17, 2024

MEOR ROSAZMAN MD IDRIS

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 17, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 17, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 17, 2024

Kempen Sumbangan Tamat