ASAR HUMANITY

Dimulakan pada May 27, 2024

INFAQ AKHIR ZULKAEDAH UNTUK MAKANAN BERKHASIAT PELAJAR MAAHAD

RM155 / 5.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Akhir Zulkaedah semakin hampir, jom berinfaq dan meraih keutamaan memberi makan kepada pelajar maahad agar dilipatgandakan pahala dari Allah SWT!


Bulan Zulkaedah hampir ke penghujungnya, dan inilah peluang terakhir kita untuk memanfaatkan kelebihan bulan haram ini. Jom manfaatkan hari-hari akhir bulan ini untuk memberi sokongan kepada pelajar Maahad Nurul Huda yang gigih menuntut ilmu dan memenuhi keperluan asas terutama dalam menyediakan makanan. Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, setiap kanak-kanak berhak untuk merasai kasih sayang dan mendapat peluang yang sama seperti kanak-kanak lain.




Selepas cuti Hari Raya Aidilfitri, Maahad Nurul Huda yang terletak di kawasan terpencil Sukajaya, Bogor kembali aktif. Kami melihat pelajar berkumpul untuk belajar dan makan bersama. Namun, bekalan beras semakin berkurangan. Ini menimbulkan kebimbangan kepada pengasas maahad, kerana tanpa makanan yang mencukupi, pelajar mungkin kelaparan dan ini akan mengganggu tumpuan mereka dalam mengaji al-Quran.


Jom sertai kempen ini dengan sumbangan serendah RM10. Sumbangan anda akan digunakan untuk menyediakan makanan asas kepada kanak-kanak yang memerlukan ini. Maahad Nurul Huda hanyalah satu daripada banyak maahad yang memerlukan bantuan kami. Fokus utama kempen ini adalah untuk memberi bantuan makanan berkualiti kepada kanak-kanak maahad.





Dengan sumbangan anda, kami boleh mengisi pinggan mereka dengan makanan berkhasiat. InshaAllah, dengan pelajar yang sihat dan bertenaga, mereka boleh terus bersemangat belajar agama dan Al-Quran!


Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada Anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 28, 2024

HAMIDA

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 28, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 28, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 28, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 28, 2024

Kempen Sumbangan Tamat