Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM590 / 19.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
30 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Di tengah kekejaman serangan Zionis, cahaya harapan terus bersinar di dapur Gaza. Asar Humanity kembali dengan seruan kepada masyarakat untuk menyinari kehidupan saudara-saudara kita yang menderita. Di Gaza, operasi dapur memasak hangat menyambut senyuman mereka.


Seperti bantuan sebelumnya, kami telah melihat bagaimana bantuan anda boleh mengubah cerita. Dapur yang tersebar di seluruh Gaza Utara, Gaza Tengah dan sempadan Gaza Selatan kembali hidup dengan penuh semangat dan kasih sayang. Namun, realiti kehidupan di sini masih penuh dengan cabaran. Sebanyak 2.3 juta orang mengerang dalam keperluan yang semakin mendesak. Mereka bukan sahaja kehilangan tempat tinggal, tetapi juga keselamatan, makanan dan akses kepada kesihatan mereka.



Asar Humanity menjemput anda kembali membersamai saudara kita. Dengan setiap sumbangan, bukan sahaja mengisi perut kosong, tetapi juga memberi harapan kepada saudara-saudara kita. Walaupun halangan Zionis menghadkan akses, kekuatan perpaduan kita tidak dapat dinafikan.
Sumbangan bermula dari RM10 akan membawa perubahan yang besar. Dengan setiap ringgit yang anda sumbangkan, kami membina jambatan persaudaraan. Jom jadikan bulan haram Zulkaedah ini sebagai detik untuk memperbanyakkan kebaikan! InshaAllah bersama-sama kita dapat membantu perjuangan mereka mempertahankan tanah air Palestin dan menuntut kembali pembebasan Al Aqsa.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 18, 2024
T
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 18, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 17, 2024
NIZAM
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 17, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 17, 2024