Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN SKUAD B40 WANITA DAN KELUARGA KUALA LUMPUR DAN SELANGOR (SKUAD B40)
Dimulakan pada Mar 09, 2023
RM7,985 / 17.74 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM45,000
369 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Bulan Ramadhan adalah bulan kebajikan dan keampunan. Marilah kita mengimarahkannya dengan melakukan sebanyak-banyak amal jariah yang dituntut di dalam kebaikan dan kita tunaikan semuanya dengan penuh tawaduk. Bersedekah, menderma atau menginfaqkan wang ringgit dan harta benda kepada mereka yang memerlukan seperti fakir miskin, golongan asnaf, saudara baru dan para mujahadah adalah antara amalan yang sangat dituntut Allah SWT. Amatlah rugi sekiranya fadhilat Ramadhan dipersiakan begitu sahaja.
Alhamdulillah, atas dasar kemanusiaan, Pertubuhan Skuad B40 Wanita dan Keluarga Kuala Lumpur dan Selangor (SKUAD B40) menganjurkan satu program kemasyarakatan bagi menyahut seruan kerajaan dalam berjihad membasmi kemiskinan tegar dan kemiskinan bandar dalam memperjuangkan tuntutan agama, yang telah membuka satu minda baru ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan makmur.
Usaha murni amatlah memerlukan sokongan orang ramai dalam memastikan nasib golongan asnaf dan miskin tegar ini mendapat pembelaan sewajarnya dan tidak tercicir dari sebarang aktiviti kebajikan dan dakwah yang telah digariskan. Golongan ini merupakan sebahagian dari masyarakat kita yang memerlukan sokongan moral dan fizikal yang menjadi tanggungjawab kita fisabilillah sebagai umat Islam dalam konteks pembangunan ummah dan melahirkan generasi yang berakhlak mulia dan berwibawa waima dihimpit kemiskinan keluarga.
Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan latihan implementasi yang bakal mencetuskan momentum untuk kebaikan. Semoga ianya berterusan sepanjang tahun di bulan-bulan yang lain. Bersedekah, menderma atau menginfaqkan wang ringgit dan harta benda kepada mereka yang memerlukan seperti fakir miskin, golongan asnaf, saudara baru dan para mujahadah adalah antara amalan mulia.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 01, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 01, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 01, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 01, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 01, 2023