BANTUAN TABUNG INSANI RAMADHAN

RM200 / 0.20 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

PEMAAF ingin membawa semua ahli yang ada bersama dengan kami yang terdiri daripada bekas pesalah penjara keluar membantu masyarakat dan menyantuni golongan yang tidak berkemampuan. Jom bantu kami!


Bulan Ramadhan adalah bulan kebajikan dan keampunan, marilah kita mengimarahkannya dengan melakukan sebanyak-banyak amal jariah yang dituntut di dalam Islam. Bersedekah, menderma atau menginfaqkan wang ringgit dan harta benda kepada mereka yang memerlukan seperti fakir miskin, golongan asnaf, saudara baru dan para mujahadah adalah antara amalan yang sangat dituntut Allah SWT. Amatlah rugi sekiranya fadhilat Ramadhan dipersiakan begitu sahaja. 


Pada tahun ini, PEMAAF ingin membawa semua ahli yang ada bersama dengan kami yang terdiri daripada bekas pesalah penjara keluar membantu masyarakat dan menyantuni golongan yang tidak berkemampuan menerokai Kuala Lumpur bersama dengan masyarakat pergi membuat kerja-kerja amal.




Persatuan Penempatan Dan Pemulihan Penjara (PEMAAF) dianggotai oleh sekumpulan sukarelawan dari pelbagai bekas pesalah penjara lapisan Malaysia telah komited mendokong hasrat dan cita-cita murni kerajaan ke arah mencapai sasaran kerajaan sifar miskin tegar dan miskin bandar.



Alhamdulillah, atas dasar kemanusiaan Persatuan Penempatan Dan Pemulihan Penjara (PEMAAF) menganjurkan satu program kemasyarakatan bagi menyahut seruan kerajaan dalam berjihad membasmi kemiskinan tegar dan kemiskinan bandar dalam memperjuangkan tuntutan agama agar golongan asnaf dan fakir miskin tidak merasa tersisih di samping berkongsi keceriaan Ramadhan dan Syawal 1441H yang bakal diraikan. Daripada Ummu Ammarah, Rasulullah SAW bersabda:


إِنَّ الصَّائِمِ إِذَا أَكَلَ عِندَهُ لمَ تَزَل تُصَلِّي عَلَيهِ المَلائِكَةُ حَتََى يَفْرُغَ مِن طَعَامِهِ


Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan bersamanya orang berpuasa yang lain, maka sentiasalah para malaikat mengucap selawat ke atasnya sehingga selesai daripada makannya.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 10, 2023

SALMAH MOHAMED

Menyumbang sebanyak RM100.00

Apr 09, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 09, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 09, 2023

Kempen Sumbangan Tamat