PERSATUAN INSPIRASI MUALLAF

Dimulakan pada Apr 12, 2022

INSPIRASI NUR RAMADAN 2022

RM1,920 / 1.32 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM145,000

34 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Inspirasi Nur Ramadan merupakan program yang mensasarkan lebih 1000 keluarga dimana mereka akan menerima keperluan barangan asas setiap minggu bagi meringankan bebanan golongan asnaf & fakir miskin.


Assalamualaikum & salam sejahtera untuk semua pengunjung yang budiman. Kami dari Persatuan Inspirasi Muallaf, seperti tahun-tahun yang lalu, meneruskan lagi Program Bakul Inspirasi Nur Mualaf untuk Ramadan tahun ini.


Pada tahun lalu, kami telah menyampaikan bantuan Bakul Inspirasi Nur Mualaf ini kepada lebih 2500 isi rumah, bersamaan dengan 300 buah keluarga setiap minggu sepanjang bulan Ramadan tidak mengira warna kulit, bangsa mahupun agama.



Kami mensasarkan 6250 isi rumah atau 1250 keluarga seminggu, yang bakal menerima bantuan ini sepanjang bulan Ramadan yang merangkumi bantuan keperluan asas dapur mereka. Jumlah keseluruhan sasaran kami mencecah 5000 keluarga atau 25000 isi rumah.



Selain dari itu, kami merangka pada 27 Aprill 2022 nanti, akan diadakan program kemuncak, Iftar Perdana bersama mualaf di Dewan Hatinie, Plaza Alam Sentral Shah Alam. Mengisi aktiviti program Iftar Perdana itu nanti, kami akan mengagihkan bantuan Hari Raya termasuk duit Raya dan pakaian raya.




Kami harap dengan bantuan yang anda hulurkan, lebih ramai saudara baru mualaf dapat dibantu dan dipermudahkan urusan harian mereka terutamanya sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya nanti. Semoga ada sedikit bekalan untuk setiap penderma di akhirat nanti, insyaAllah.

Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Dan bulan Ramadhan, amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi. Dan demikianlah sepatutnya akhlak seorang mukmin, yaitu dermawan. Allah dan Rasul-Nya memerintahkan bahkan memberi contoh kepada umat Islam untuk menjadi orang yang dermawan serta pemurah. Ketahuilah bahwa kedermawanan adalah salah satu sifat Allah Ta’ala, sebagaimana hadits:

‏إن الله تعالى جواد يحب الجود ويحب معالي الأخلاق ويكره سفسافها

“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.” (HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)

Jom#BuatBaik


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM500.00

Apr 29, 2022

Kempen Sumbangan Tamat