Mari bersama infaq untuk pembinaan bangunan baru Madrasah Tahfiz AL-Hirah (MATAH) yang serba lengkap. InsyaAllah kita semua diredhai.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pusat Pendidikan Tahfiz AL-Quran yang telah beroperasi lebih kurang 16 tahun dengan jumlah seramai 120 orang pelajar dan 7 orang guru tahfiz. Kini MATAH ini hanya menggunakan sebuah bangunan berupa sebuah rumah banglo setingkat yang telah diwakafkan di Jalan Teluk Pulai, Klang (50meter dari Stesen Komuter Teluk Pulai).
Sejak beberapa tahun yang lalu, pihak MATAH telah mula mengambil inisiatif untuk membina sebuah bangunan 4 tingkat yang serba lengkap. Keputusan pembinaan ini dibuat kerana bangunan lama yang sedia ada tidak mampu menampung pelajar yang sedia ada dan kemasukkan pelajar yang baru. Pihak kami memerlukan dana sebanyak RM1,000,000.00 untuk membangunkan bangunan baru untuk MATAH.
Jom menyumbang untuk membantu pelajar-pelajar yang berada di Tahfiz ini. Kecil dari anda, besar maknannya bagi kami. Allah SWT memuliakan orang yang bersedekah. Allah SWT menjanjikan banyak keutamaan dan balasan kepada mereka yang suka memberi (bersedekah).
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
اليد العليا خير من اليد السفلى
Yang bermaksud: “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.” (Riwayat al-Bukhari)
Jom #BuatBaik!