Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor
Dimulakan pada Jun 26, 2025
RM281 / 9.37 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
19 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pendidikan tinggi adalah jambatan utama bagi anak-anak asnaf untuk keluar dari kitaran kemiskinan dan membina masa depan yang lebih cerah. Dengan peluang ini, ilmu dan kemahiran yang diperoleh di IPT akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dengan pendapatan yang lebih baik, seterusnya meningkatkan taraf hidup keluarga dan komuniti.

Setiap anak mempunyai impian dan potensi. Infaq anda membolehkan mereka merealisasikan impian untuk menjadi seorang profesional, usahawan, atau pemimpin yang berjaya. Pendidikan adalah pelaburan terbaik. Ia membina keyakinan diri, pemikiran kritis, dan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam dunia pekerjaan yang semakin mencabar.

Kejayaan anak-anak asnaf ini akan menjadi inspirasi kepada adik-adik dan masyarakat setempat, menunjukkan bahawa dengan usaha dan sokongan, tiada apa yang mustahil. Sumbangan anda untuk pendidikan adalah sedekah jariah yang pahalanya berterusan selagi ilmu yang diperoleh mereka dimanfaatkan untuk kebaikan diri, keluarga, masyarakat, dan agama.

Setiap sen infaq anda akan disalurkan secara telus dan berfokus untuk menampung keperluan anak anak ini termasuk membantu menjelaskan yuran kemasukan dan yuran semester, pembelian buku teks, alat tulis, komputer riba, dan kelengkapan asrama. Di samping itu juga, ia juga dapat memberikan sedikit elaun bulanan untuk menampung kos makan, pengangkutan, dan perbelanjaan harian, serta kos perjalanan pulang ke kampung atau ke IPT.

Mari bersama kita bina masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak asnaf, melengkapkan mereka dengan ilmu dan harapan. Sumbangan anda adalah sinar harapan buat mereka. Syukran atas keprihatinan dan infaq anda. Semoga Allah SWT memberkati setiap amal kebaikan yang anda hulurkan dan menjadikan ia saham akhirat yang berkekalan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Oct 02, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM16.00
Sep 23, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 23, 2025
SAIFULHAFIZAM BIN ALIAS
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 06, 2025
SAIFULHAFIZAM BIN ALIAS
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 27, 2025