PERSATUAN SAHABAT BERKAT

Dimulakan pada Apr 27, 2022

INFAQ TELAGA AIR FASA 2

RM94,301 / 188.60 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

2840 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Sahabat Berkat sekali lagi akan membina perigi fasa ke 2 bagi kegunaan Rumah Anak Yatim, Surau, Sekolah Pondok, dan Maahad Tahfiz di pendalaman.


Sebelum ini pihak Sahabat Berkat telah membina perigi bagi kegunaan Rumah Anak Yatim, Surau, Sekolah Pondok, dan Maahad Tahfiz di pedalaman untuk sumber bekalan air bagi yang berada di kawasan pedalaman dan terpencil.




Untuk fasa pertama pelbagai proses telah dilakukan dari mengenal pasti punca air, menghantar sample air ke makmal bagi memastikan air yang disalurkan adalah air bersih dan selamat untuk kegunaan serta memasang tangki penyimpanan air. Pelbagai peralatan digunakan demi memudahkan penghantaran air dapat disalurkan ke tangki-tangki utama.

Mengapa bantuan diperlukan? Bekalan air ini juga dapat dimanfaatkan kepada beberapa buah rumah anak yatim dan sekolah. Secara tidak langsung dapat membantu saudara Islam kita dalam urusan kebersihan harian serta untuk beribadat.



Bagi fasa kedua, Sahabat Berkat akan meneruskan pembinaan perigi di beberapa lagi kawasan pedalaman di Semenanjung Malaysia. Dana diperlukan bagi membiayai projek seperti pewujudan sumber bekalan air, iaitu penggalian perigi, penyelenggaraan dan pembelian alat ganti bagi meneruskan bekalan air bersih serta penyediaan sumber air alternatif yang membabitkan kos penyelenggaraan rendah serta selamat. Berinfaqlah ! Sesungguhnya Allah memberi ganjaran besar kepada orang yang berinfaq, Lagi2 Infaq Air yang sahamnya berpanjangan, InshaAllah . Berinfaqlah! Sesungguhnya Allah memberi ganjaran besar kepada orang yang berinfaq, InshaAllah



Daripada Saad Bin Ubaidah, beliau bertanya kepada Rasulullah,

“Wahai Rasulullah sepanjang ibu saya telah meninggal dunia, apakah sedekah paling afdal untuknya?” Rasulullah S.A.W bersabda “Air” Lalu beliau telah menggali sebuah telaga dan berkata “Ini untuk ibu Saad”

(Hadith Saad Riwayat Abu Daud)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

avatar

Siti nor rafidah Md nazri

Jumlah: 2

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Apr 18, 2023

FAQIR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 18, 2023

Kempen Sumbangan Tamat