PERSATUAN KHIDMAT SRIKANDI JANNAH

Dimulakan pada Apr 11, 2025

SUMBANGAN BANTUAN UNTUK MUALAF

RM195 / 0.39 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

18 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mereka baru mengenal Islam, tapi hidup masih penuh ujian. Ayuh bantu mualaf terus kuat dalam keimanan.

 

Mualaf adalah seorang yang baharu memeluk agama Islam atau orang-orang yang dijinakkan hatinya. Dalam surah al-An’am (6) : 125, firman Allah SWT yang bermaksud :


“Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.”



Untuk sumbangan muallaf pihak Srikandi ada menghantar bantuan untuk meneruskan hidup di dalam situasi yang di buang keluarga asal. Srikandi membantu dari segi pembelajaran agama,bantuan susu bulanan utk anak dan bantuan pembelian pakaian baru.



Golongan mualaf dimuliakan oleh Allah SWT kerana telah ditunjuki jalan yang lurus serta diredhaiNya. Kebiasaannya mualaf, setelah memeluk Islam, terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan samada daripada ahli keluarga, kawan-kawan dan masyarakat. Justeru itu, bimbingan dan bantuan perlu diberi bagi meringankan bebanan mereka serta memantapkan keimanan dan keyakinan mereka terhadap Allah SWT.



Sumbangan anda kali ini, kami akan salurkan kepada ibu ibu mualaf untuk perbelanjaan anak anak mualaf tersebut demi meneruskan kehidupan mereka.



"Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turn dan berdoa, Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedelah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan sedekah dan kedekut kemusnahan."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Apr 20, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 20, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 20, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 20, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 20, 2025

Kempen Sumbangan Tamat