SUMBANGAN MAKANAN HARIAN UNTUK PUSAT JAGAAN WARGA EMAS

RM435 / 14.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

34 Penyumbang

13 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Membantu golongan yang memerlukan adalah tuntutan dalam Islam. Warga emas terbiar adalah antara golongan yang patut disantuni. Jom bantu!


Warga emas yang terbiar di pusat-pusat jagaan seringkali bergantung sepenuhnya kepada ihsan masyarakat. Pusat-pusat ini pula beroperasi dengan dana yang terhad menyebabkan penyediaan makanan yang berkhasiat dan pelbagai menjadi cabaran. Sumbangan anda akan dapat memastikan warga emas mendapat nutrisi yang lengkap dan seimbang, penting untuk menjaga kesihatan tubuh, menguatkan sistem imun, dan mempercepatkan proses penyembuhan jika sakit.



Warga emas akan sentiasa mempunyai makanan yang cukup untuk setiap waktu makan, mengelakkan mereka daripada kekurangan zat atau kelaparan. Dengan kepelbagaian makanan yang berkhasiat, ia dapat meningkatkan selera makan warga emas, yang seringkali menurun akibat faktor usia atau penyakit.



Sumbangan bekalan makanan secara langsung dapat mengurangkan perbelanjaan operasi pusat jagaan, membolehkan dana dialihkan untuk keperluan lain seperti perubatan, penjagaan harian, atau aktiviti riadah. Warga emas akan merasa disayangi dan tidak terpinggir apabila mengetahui ada masyarakat yang prihatin terhadap kebajikan mereka. Ini penting untuk kesejahteraan emosi dan mental mereka.



Kami mengalu-alukan sumbangan yang akan digunakan untuk membeli makanan segar dan kering mengikut keperluan nutrisi warga emas. Ini termasuklah makanan ruji seperti beras, mi, roti, ayam, ikan, telur, daging (jika ada permintaan dan pusat jagaan dapat menyimpan). Pihak kami juga bercadang untuk memberikan susu formula warga emas, makanan mudah kunyah (jika ada warga emas yang memerlukan).



Memberi makan adalah salah satu amalan yang sangat disarankan dalam Islam. Setiap kali warga emas menikmati hidangan daripada sumbangan anda, pahala akan terus mengalir kepada anda. Sumbangan anda secara langsung menyumbang kepada kesihatan fizikal dan mental warga emas, membolehkan mereka hidup lebih selesa dan bermaruah di hari tua.


Membantu golongan yang memerlukan adalah tuntutan dalam Islam. Warga emas terbiar adalah antara golongan yang patut disantuni. Kempen ini memupuk rasa belas kasihan dan tanggungjawab sosial dalam komuniti, mengeratkan silaturahim antara kita. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 11, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 11, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 10, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 10, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 10, 2025