SUMBANGAN BARANGAN ASAS PENDUDUK LENGGONG

RM3,460 / 4.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM80,000

158 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Memerlukan sumbangan ikhlas untuk kami jalankan program untuk membantu penduduk asnaf dan fakir yang memerlukan. Insyallah, semua sumbangan anda akan diberkati.


Pertubuhan Anak Lenggong (IKHLAS) ini telah ditubuhkan pada tahun 2021. Sebelum ini persatuan ini telah pun menjalankan aktiviti aktiviti membantu seperti mengalakkan anak anak muda memulakan perniagaan kecil kecilan dan membantu penduduk yang memerlukan.



Kini, kami terpanggil untuk menjalankan kempen untuk membantu penduduk dalam kategori asnaf dan fakir yang memerlukan bantuan barangan keperluan asas untuk kegunaan harian. Barangan yang akan disumbangkan adalah seperti beras, susu, minyak, gula dan sebagainya. 



Kami di IKHLAS telah mengadakan beberapa program bagi membantu peniaga-peniaga kecil kampung untuk meneruskan perniagaan mereka untuk kelangsungan hidup mereka. Pihak IKHLAS juga telah mengenal pasti ibu-ibu tunggal dan anak anak yatim yang amat memerlukan bantuan.


Sebelum ini, kami telah bergerak menyerahkan bantuan seperti lampin dewasa untuk warga emas yang memerlukan,susu, lampin dan sebagainya kepada penduduk yang kebanyakannya tergolong dalam katagori miskin tegar. IKHLAS juga ada memberikan sumbangan berupa barangan untuk penduduk fakir yang ingin memulakan perniagaan  kecil-kecilan untuk menjana pendapatan keluarga. Oleh itu, program ini sedikit sebanyak dapat membantu penduduk.



Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri karena Allah, melainkan Allah akan mengangkat derajatnya.” (HR. Muslim)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 30, 2022

NOR FARAHAZREEN MOHD IDRIS

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 26, 2022

MUSAFIR KECIK

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 16, 2022

JORA BINTI ISMAIL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 14, 2022

Kempen Sumbangan Tamat