YAYASAN ANGKASA

Dimulakan pada Dec 08, 2022

SEDEKAH JUMAAT BULAN JAMADILAWAL FASA 2

RM470 / 15.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

27 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom sama-sama kita meraih pahala di bulan Jamadilawal ini bulan yang penuh kerahmatan dan keberkatan dengan bersedekah. Ayuh kita semua bantu mereka!


Solat, puasa, tilawah dan sedekah menjadi empat ibadah yang sangat ditekankan dalam Islam seperti disuruh Rasulullah SAW. Bersedekah adalah salah satu usaha kita untuk menjemput keberkatan. Setiap hari pada hari jumaat barakah dalam bulan ini. Sedekah ikhlas anda sekeluarga mungkin menggalakkan doa anda sekeluarga yang sedang berjuang di langit. Bersama kami, anda sekeluarga akan bersama-sama memuliakan bulan ini dengan membantu orang yang paling disayangi oleh Nabi ﷺ.



Marilah kita berkongsi rezeki kepada pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi yang terdiri daripada golongan B40 dan kurang berkemampuan seluruh negara di bawah tajaan Yayasan ANGKASA yang akan menerima manfaat melalui bantuan kewangan. Kami mensasarkan pelajar yang kurang berkemampuan dan InsyaAllah mereka akan dapat menerima manfaat ini. Subhanallah, alangkah berkahnya! Ini adalah panggilan Allah. Ayuh, inilah masanya untuk menyebarkan kebaikan dan akan menjadi simpanan di dunia dan akhirat.




Yayasan ANGKASA mendoakan saudara-saudari dan sekeluarga agar Allah menerima dan meninggikan darjat segala jenis ibadah yang dilakukan oleh kita pada bulan ini. Khususnya sedekah yang diberikan. Semoga Allah menerima segala ikhtiar yang diusahakan untuk mendapatkan rahmatNya. Sungguh, Allah jua lah yang akan menggantikan segala kebaikan yang anda sekeluarga berikan. Semoga Allah memakbulkan doa, perlindungan, kebahagiaan, kemudahan dan melancarkan rezekimu dan keluarga.


Sumbangan yang saudara-saudari hulurkan kepada Yayasan ANGKASA layak mendapat potongan cukai Lembaga Hasil dalam Negeri di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (nombor rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.7796). Jika memerlukan resit tersebut, diminta WhatsApp, 018-3550515 (En. Muhd Fawwaz), Pegawai Promosi dan Perkembangan Yayasan ANGKASA.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 13, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 12, 2022

ZZ

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 12, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 12, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 12, 2022

Kempen Sumbangan Tamat