Warga emas dan ibu tunggal asnaf amat memerlukan Pakej Berkat RM25.19 yang merangkumi beras, telur dan minyak masak. Hulurkan bantuan agar mereka dapat menjalani hari-hari tua dengan tenang.
Penderma yang dirahmati Allah, kami merayu perhatian dan keprihatinan anda terhadap nasib warga emas serta ibu tunggal yang kini semakin terbatas kemampuan fizikal dan tenaga mereka.

Dalam usia senja, sepatutnya mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah dan amal soleh, serta menikmati ketenangan di hari tua. Namun, realitinya, ramai daripada mereka masih terpaksa bersusah payah mencari rezeki demi sesuap nasi, sehingga mengganggu fokus ibadah dan ketenteraman jiwa. Keterbatasan kemampuan badan mereka, akibat faktor usia dan kesihatan, menjadikan usaha mencari nafkah harian suatu perjuangan yang menyedihkan dan amat memenatkan.

Justeru, melalui Kempen Infaq Beras ini, kami menawarkan Pakej Prihatin bernilai RM25.19 yang mengandungi:
1. Beras 2.5kg
2. Telur.
3. Minyak masak.
Sumbangan pakej makanan asas ini adalah kunci untuk membebaskan mereka daripada kerisauan mencari makan, membolehkan mereka beribadah dengan lebih khusyuk, tenang, dan fokus kepada persediaan akhirat.


Setiap sumbangan yang dihulurkan adalah jaminan bahawa mereka dapat melalui hari tua dengan bermaruah dan tidak perlu lagi sibuk memikirkan perihal periuk nasi. Marilah kita jadikan sisa usia mereka diisi dengan ketaatan. Infaq anda adalah pahala jariah yang berterusan, membantu menyempurnakan ibadah harian mereka.
Jom #BuatBaik!