Kempen ini adalah bertujuan untuk memberi sumbangan makanan percuma kepada anak-anak yatim miskin dan usaha ini adalah usaha berterusan pihak kami bagi membantu rumah-rumah kebajikan persendirian yang menjaga anak-anak yatim yang berasal dari keluarga miskin. Rumah-rumah kebajikan ini sebahagiannya tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak kerana kekangan tertentu. Namun, mereka beroperasi atas dasar simpati terhadap anak-anak yatim yang tidak mahu berjauhan dengan sanak-saudara terdekat apabila orang tua mereka telah tiada. Diharapkan agar sumbangan pemberian makanan percuma ini sedikit sebanyak mampu mengembirakan mereka.

Sumbangan yang diterima melalui kempen ini akan disalurkan khusus bagi program beri makan percuma untuk anak yatim miskin yang tinggal di rumah-rumah kebajikan persendirian yang berada dalam negeri Selangor. Selain jamu makan, sumbangan yang diterima juga akan diperuntukkan untuk pemberian makanan asas yang belum dimasak seperti beras, telur, minyak masak, bihun dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan.

Membantu anak yatim amatlah selari dengan gesaan Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud: “Dan mereka bertanyakan kepada mu (wahai Muhammad) terhadap anak-anak yatim. Katakanlah bahawa berbuat islah (kebaikan) kepada mereka itu (anak-anak yatim) adalah merupakan suatu kebaikan." (Al-Baqarah : 220)

Oleh itu, dengan segala kerendahan hati, kami berharap dan sangat mengalu-alukan anda dapat menghulurkan sumbangan agar lebih ramai anak yatim yang memerlukan bantuan dapat dibantu. Mudah-mudahan setiap sumbangan yang dihulur akan menjadi saham akhirat yang dapat membantu kita mendapatkan keredhaan Allah SWT. Kami mendoakan agar para penderma sekelian sentiasa dipermudahkan urusan serta dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus dengan dilimpahkan keberkatan.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan memberinya makan dan minum niscaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga kecuali jika dia melakukan dosa yang tidak dapat diampuni.” (HR. Al-Tirmizi)
Jom #BuatBaik!

Tiada perkembangan
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini