Ramadan kembali menyapa dengan seribu rahmat. Di saat kita merancang menu berbuka buat keluarga tersayang di rumah, mari sejenak kita titipkan ingatan buat anak-anak syurga. Mereka adalah anak-anak yang masanya dihabiskan dengan membelek lembaran suci, lisan yang tidak putus membasah dengan kalam Tuhan, dan hati yang gigih menjaga amanah Al-Quran.

Dalam keletihan mereka menuntut ilmu di siang hari, bayangkan betapa besarnya nilai sebuah hidangan berbuka yang disediakan dengan penuh kasih sayang untuk mereka.
Memberi makan kepada orang yang berpuasa bukan sekadar tentang menghilangkan lapar. Ia adalah tentang memuliakan perjuangan mereka. Setiap butir nasi yang menjadi tenaga untuk mereka menghafal Al-Quran, dan setiap teguk air yang membasahi tekak mereka saat azan berkumandang, di situlah letaknya doa yang tulus buat para penyumbang.

Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun." (HR. Tirmidzi)
Kami membuka ruang seluas-luasnya buat tuan-tuan dan puan-puan yang budiman untuk menyumbang seikhlas hati bagi menjayakan Program Jamuan Berbuka Puasa Anak-Anak Tahfiz sepanjang Ramadan ini.

Tiada jumlah yang terlalu kecil; kerana di mata Tuhan, keikhlasan itulah yang menjadi timbangan. Sumbangan anda bukan sahaja mengisi talam hidangan mereka, malah ia menjadi tanda sokongan moral bahawa mereka tidak sendirian dalam perjuangan menjaga agama ini. Semoga dengan asbab sedekah ini, Allah SWT meluangkan pintu rezeki yang luas buat kita semua, menyembuhkan kesakitan, dan merahmati setiap langkah kehidupan kita sekeluarga.
Jom #BuatBaik!

Pihak PKPR telah berkolaborasi dengan NGO sahabat yang juga menganjurkan program berbuka puasa di Batu Pahat.

Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini