BANTUAN KECEMASAN KEBAKARAN DI JAMBATAN 3 KG KURNIA JAYA BATU 4 JALAN APAS TAWAU

RM480 / 3.20 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

13 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah bersama sama membantu dan mengurangkan beban mangsa kebakaran ini. Ayuh kita bantu!


Kami di Pertubuhan Bakti Sabah terpanggil untuk menjalankan kempen Bantuan Kecemasan Mangsa Kebakaran di Jambatan 3 Kg Kurnia Jaya Batu 4 Jalan Apas Tawau, Sabah. Kawasan tersebut sering kali berlaku kebakaran rumah mereka. Mereka majoritinya adalah dari golongan yang kurang berkemampuan. Justeru, marilah kita bersama-sama berkongsi rezeki membantu mereka.



Kira-kira 16 buah rumah setinggan musnah iaitu 30 ketua isi rumah menjadi mangsa kebakaran di jembatan 3 Kg Kurnia Jaya Batu 4 Jalan Apas Tawau. Bantuan yang akan diberikan adalah barangan keperluan asas kepada pengurusan mangsa kebakaran di kampung tersebut. Kami menganggarkan sebanyak 30 penerima manfaat dan 1 keluarga akan mendapat barangan keperluan bernilai RM500 seperti:


1. Tilam

2. Kayu dinding

3. Plywood

4. Zink Spandex

5. Bakul makanan

6. Barangan elektrik

7. Dapur

8. Tong gas



"Sesungguhnya sedekah seseorang Muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah SWT pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya."

(Hadis Riwayat Tabrani)



Bantuan ini akan diberikan secara berperingkat mengikut sumbangan yang diperoleh. Marilah bersama kita membantu mereka yang memerlukan. Mungkin sedikit di mata kita, tetapi besar makna di mata mereka. Sama-sama kita berganding bahu, ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Menyumbanglah dengan serendah RM10 untuk bantu mereka.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat