Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
KELAB BELIA KOMUNITI SRI SULONG TAMAN SRI SULONG
Dimulakan pada Mar 02, 2023
RM960 / 19.20 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
54 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Tanggal 1 Mac 2023 sekali lagi Negeri Johor dilanda musibah bencana banjir. Awal tahun 2023, Johor telah dilanda banjir dan sekali lagi pada bulan Mac air hujan turun selama 24 jam tanpa henti dan tanpa amaran.
Hujan yang lebat tanpa henti telah mengakibatkan berlaku kenaikan paras air sungai secara mendadak di beberapa daerah di Johor. Akhirnya berlakulah banjir yang tidak dijangka dan dalam keadaan secara tiba-tiba. Daerah Kluang, Segamat, Kota Tinggi, Batu Pahat, Mersing dan Johor Bahru adalah daerah yang paling teruk dilanda banjir. Bandar Kluang, Segamat dan Kota Tinggi lumpuh terus manakala kampung-kampung sekitar turut terbabit sama.
Belia Sri Sulong amat prihatin dengan keadaan ini. Maka dengan itu pihak kami telah menggerakkan usaha untuk memberikan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh saudara-saudara kita. Kemusnahan harta benda, dokumen dan sebagainya amat membebankan dari segi kewangan dan mental. Sesungguhnya berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Marilah kita berganding bahu untuk soladariti saudara-saudara kita yang terjejas kehidupannya.
"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dialah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 03, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 03, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 03, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 03, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 03, 2023