Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Nov 25, 2024
RM230 / 7.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
15 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh, Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin mengajak muslimin dan muslimat yang sudi menyumbang dana kepada kami untuk pembelian batu-bata untuk kami membina kelas pengajian baharu buat para pelajar muslimat.
Kelas pengajian yang digunakan sebelum ini adalah surau yang dijadikan tempat pengajian pada masa yang sama. Hal ini menyebabkan setiap kali ingin solat, para pelajar perlu mengemas semula surau selepas digunakan untuk kelas pengajian mereka dan belum mendapat tempat yang khusus untuk pengajian.

Selain itu, kelas pengajian memerlukan ruang yang agak besar. Insya-Allah dengan pembinaan kelas pengajian baharu ini bakal menjadikan para pelajar lebih gembira dan bersemangat untuk meneruskan pengajian Al-Quran.
Oleh kerana itu, pihak maahad ingin melancarkan kempen ini bagi mendapatkan batu-bata bagi membina tempat pengajian yang khusus kepada mereka supaya mereka dapat belajar dalam keadaan baik dan selesa.

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."
(Surah al-Baqarah: 261)

Akhir kata, marilah kita berlumba-lumba mengejarkan pahala yang banyak melalui amalan infaq harta ke jalan Allah, mudah-mudahan ia menjadi asbab kita mendapat keampunan dosa-dosa, dijauhkan kalian dari api neraka dan dan masuk ke syurga Allah SWT Amin.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 23, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 29, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 29, 2024
RODIAH BINTI CHE' ME
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 28, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 28, 2024