PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ IBNU ABBAS

Dimulakan pada Oct 20, 2022

BERKAT JUMAAT DISUSULI DENGAN SEDEKAH

RM370 / 7.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

18 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mari bersama kita membantu Tahfiz Ibnu Abbas (PPTIA) dengan sedekah jumaat. Buat masa ini kami masih lagi memerlukan dana bagi menampung kos sewa rumah tahfiz dan utiliti bulanan.


Pada hari ini, kita beruntung kerana dapat dipertemukan sekali lagi dengan hari Jumaat yang penuh keberkatan. Ya, ia merupakan hari yang begitu istimewa sekali jika dibandingkan dengan hari-hari lain apatah lagi di bulan Rabiulawal yang suci. Secara umumnya, tentang sedekah disebutkan dalam Al-Quran. Antaranya ialah ganjaran 700 kali ganda kepada mereka yang berinfak di jalan Allah SWT.


“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan 7 tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)



Jelaslah bahawa kalam Allah itu menunjukkan sememangnya kita digalakkan untuk memperbanyak amalan infak ke jalan Allah dengan dijanjikan ganjaran berlipat kali ganda.


“Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari jumaat. Pada hari tersebut diciptakan Nabi Adam AS, dia dimasukkan ke dalam syurga dan dia dikeluarkan daripadanya. Dan pada hari tersebut, terdapat satu waktu yang mana jika seseorang Muslim berdiri mendirikan solat dan berdoa kepada Allah SWT akan sesuatu hajatnya, nescaya Allah SWT akan memberi apa yang dihajatkannya tersebut.” (Riwayat al-Bukhari)



Maka siapa yang bersedekah pada hari jumaat dia telah mendapat dua kelebihan iaitu kelebihan sedekah memberi makan kepada manusia dan kelebihan berbuat kebaikkan pada hari jumaat. Kami dengan rendah hati ingin memohon sumbangan untuk membantu pelajar Tahfiz Ibnu Abbas menuntut ilmu agama disini. Ingatlah, tidak rugi orang yang beramal dengan melakukan sedekah kerana amalan ini keberkatannya tidak ternilai. 



Mari kita sama-sama membantu menyumbang kepada Tahfiz Ibnu Abbas. Semoga dengan sumbangan Tuan/Puan ini, dapat membantu mengurangkan sedikit sebanyak kos pengurusan, kos keperluan asas pelajar dan pengurusan madrasah.


Jom #Buatbaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 22, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 22, 2022

Kempen Sumbangan Tamat