SEDEKAH JUMAAT UNTUK YANG MEMERLUKAN

RM520 / 17.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

33 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Tidak kiralah sama ada sedekah atau infak, kedua-duanya akan mendapat ganjaran. Apatah lagi jika ia dilakukan pada hari Jumaat, maka lebih banyaklah pahalanya. Jom bersedekah di hari jumaat.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Esok adalah jumaat iaitu penghulu segala hari atau Sayyidul Ayyam, adalah elok kita mengambil kesempatan ini untuk bersedekah. Meskipun gelaran Sayyidul Ayyam berkenaan datangnya daripada sebuah riwayat yang daif, namun ia sedikit pun tidak merencatkan kemuliaan pada hari jumaat itu sendiri.



Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari Jumaat. Pada hari tersebut diciptakan Nabi Adam AS, dia dimasukkan ke dalam syurga dan dia dikeluarkan daripadanya. Dan pada hari tersebut, terdapat satu waktu yang mana jika seseorang Muslim berdiri mendirikan solat dan berdoa kepada Allah SWT akan sesuatu hajatnya, nescaya Allah SWT akan memberi apa yang dihajatkannya tersebut.” (Riwayat al-Bukhari)



Ikrar Bantu menjalankan kempen ini bagi membuka ruang orang ramai untuk turut bersama-sama bersedekah. Ikrar Bantu mensasarkan RM3000.00 untuk 15 keluarga yang mendapat manfaat sepanjang 2 bulan ini. Ini adalah aktiviti Ikrar Bantu yang berterusan bersama kempen-kempen yang lain. Sasaran adalah keluarga asnaf yang menghubungi Ikrar Bantu di sekitar Kedah dan benar-benar melarat.


Abu Hurairah RA berkata: “Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad SAW dan berkata: "Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya."



Baginda SAW menjawab: “Kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat dan kikir, takut menjadi fakir dan berangan-angan jadi orang kaya. Maka, janganlah kamu menundanya hingga tiba nyawamu berada di halkum. Lalu kamu berkata, yang ini milik si polan dan yang itu milik si polan. Padahal harta itu sudah menjadi milik si polan (ahli warisnya).” (Riwayat al-Bukhari)


Jadi marilah kita sama-sama mengambil kesempatan apabila tibanya Jumaat untuk bersedekah, moga sedekah itu dapat menolong kita semasa dihisab kelak.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 14, 2022

RAIHANA ROSDAN

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 14, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 14, 2022

WAN ADAM SHAH BIN EDDIE SHAH EDWARD

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 09, 2022

Kempen Sumbangan Tamat