Penyumbang yang dimuliakan Allah SWT, kami ingin menjemput anda untuk berkongsi kegembiraan bersama anak yatim piatu yang telah kehilangan ayah dan ibunya. Tujuan silaturahim ini diadakan adalah untuk memberi semangat kepada anak yatim piatu ini khususnya dalam masa yang sama menghulurkan bantuan di awal Ramadan sehingga ke penghujung Ramadan.
""Aku dan orang yang memelihara anak yatim itu akan masuk surga seperti ini," Nabi memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah dan merenggang keduanya." (HR. Bukhari).

Dalam kesibukan kita beribadah, jangan kita lupa bahawa antara golongan terpenting yang perlu dihiburkan ialah anak-anak yatim piatu. Mereka adalah orang yang diuji dengan kehilangan kasih sayang ayah dan ibu, tetapi Allah meninggikan martabat mereka dengan menjadikan kebaikan kepada mereka sebagai perbuatan yang sangat dicintainya.

Program ini ialah inisiatif kemanusiaan dan keagamaan yang bertujuan untuk menyokong anak yatim dan yatim piatu yang memerlukan penjagaan, sokongan dan bantuan berterusan. Program ini bukan sekadar aktiviti bermusim, tetapi gerakan kasih sayang yang lahir daripada kefahaman bahawa Islam adalah agama rahmat, agama yang mengajar umatnya untuk saling membantu dan menjaga kesejahteraan orang lain.

Mungkin bagi kita, derma itu kecil. Tetapi bagi mereka, ia adalah hadiah yang besar. Ia bukan hanya makanan atau pakaian, tetapi tanda bahawa mereka tidak dilupakan. Bahawa masih ada orang yang mengambil berat dan menyayangi mereka kerana Allah.

Marilah bersama-sama menjayakan program ini. Hulurkanlah sumbangan dengan niat yang tulus. Setiap derma yang diberi akan menjadi saksi di hadapan Allah kelak. Setiap doa anak yatim piatu yang kita gembirakan mungkin menjadi asbab dimakbulkan doa-doa kita. Jangan biarkan mereka dalam kesedihan. Jadikanlah kita insan yang membawa cahaya dalam kehidupan mereka.
Jom #BuatBaik!

Bismillahirrohmanirrohim,
15 maret 2026
Alhamdulillah, berkat bantuan tuan dan puan melalui kempen ini sebelum hari raya Aidilfitri 1447 H pada hari ahad, 15 maret 2026 , kami dari LPQ AL HUDA mengajak adik kita membeli pakaian baru untuk hari raya, menyerahkan wang tunai untuk adik kita yatim piatu tersebeut dan menyediakan keperluan asas untuk ramadhan dan menyambut hari raya. Semoga Anak-anak Yatim Piatu ini menjadi insan yang berguna untuk masyarakat, agama dan negara serta berjaya dunia akhirat. Amin!
Berikut kami lampirkan dokumentasinya:

Gambar 1.1 Membelikan keperluan asas untuk adik kita yatim piatu.

Gambar 1.2 Selepas pembelian keperluan asas untuk adik kita yatim piatu.

Gambar 1.3 Menyediakan wang saku untuk keperluan harian mereka

Gambar 1.4 Beli baju raya adik kita dan pilih baju kegemarannya sendiri.
Kami harap bantuan anda untuk anak yatim piatu ini akan menjadi amal jariah kepada penderma dan jasa baik tuan dan puan di ganjari Allah SWT dengan pahala yang berlipat ganda . Aminn Yaa Rabbal A'alaaminn
Jom#BuatBaik!
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini